Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pihak kerajaan sedia untuk mengkaji pelbagai pendekatan bagi mencapai kemampanan fiskal. Ini termasuk dengan melihat kembali pelaksanaan
cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau apa-apa bentuk cukai langsung atau tidak langsung.

Bercakap selepas sesi Parlimen semalam kepada malaysiakini, Rafizi berkata kerajaan terbuka untuk melalui apa sahaja cara yang boleh untuk mencapai kemampanan fiskal dan sebarang keputusan yang diambil akan dibuat berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, keputusan yang dibuat kelak bagaimanapun akan diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan jika GST dilaksanakan ia bersifat lebih progresif.

“Pandangan saya mengenai GST ialah, apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat. Tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita. Sebagai contoh, kita (kerajaan) mampu menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik kali ini,” katanya.

Sumber