Pasti ramai yang sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung bersempena perayaan Deepavali yang bakal disambut  tidak lama lagi.

Oleh itu, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari bermula 11 November (Sabtu)jam 12.01 pagi sehingga 12 November (Ahad) jam 11.59 malam sempena sambutan perayaan Deepavali Ahad ini.

Baca Juga:

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mesyuarat bersama dengan syarikat konsesi bersetuju memberi pengecualian tol kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Menurutnya lagi, inisiatif itu dilaksana bagi meraikan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

Pemilihan tarikh ini juga dibuat dengan teliti dalam menggelakkan kesesakan trafik pada hari pulang ke kampung dan kembali serta dapat memastikan keperluan logistik dan pengoperasian di kawasan RnR mencukupi.

KKR menganggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.

Dengan pelaksanaan tol percuma tersebut, kementerian menasihatkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang tersebut selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.

Anda boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuhraya yang akan dikemas kini di media sosial

media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMtrafik secara berkala.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

Sumber