Kerajaan Terengganu akan menanggung subsidi air sebanyak 30% untuk pengguna domestik Kumpulan 2 (21–35 meter padu) dan 15% untuk pengguna domestik Kumpulan 3 (melebihi 35 meter padu) bermula November ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Zulkifli Ali, berkata subsidi tersebut melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM24 juta setahun, petik Free Malaysia Today.
Baca Juga:
- Naik Taraf Jalan Persekutuan 3 Kelantan-Terengganu RM168 Juta, Dijangka Siap Dalam 42 Bulan

- Ponteng Solat Jumaat Di Terengganu, Boleh Didenda RM3,000, Penjara 2 Tahun

- Peluang Terbaik Untuk Bumiputera: 300 Juta Unit AHB Kini Dibuka, Terengganu Jadi Tumpuan

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup.
“Selepas menjalankan kajian dan meneliti semua aspek, mesyuarat pada 1 Okt bersetuju supaya kerajaan negeri menanggung subsidi bil air sebanyak 30% untuk pengguna domestik Kumpulan 2 dan 15% bagi pengguna domestik Kumpulan 3,” jelas beliau.
Rakyat negeri Terengganu dan SATU saling untung
Pengguna domestik Kumpulan 2 melibatkan 78,807 akaun manakala kategori Kumpulan 3 mempunyai 94,610 akaun.
Zulkifli berkata beliau berharap langkah itu dapat mewujudkan situasi menguntungkan bagi rakyat negeri ini dan syarikat pengendali air, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu).
“Diharapkan inisiatif ini dapat membantu meringankan beban pengguna domestik serta memastikan bekalan air yang stabil dan mampan untuk rakyat,” katanya.