Bekas pemain skuad kebangsaan Wales, Aaron Ramsey telah kembali ke United Kingdom selepas menamatkan kontrak dengan kelab Mexico, Pumas UNAM.
Jodoh Ramsey dengan kelab yang kini berada di tangga ke-10 Liga MX selepas mengumpul 18 mata itu hanya bertahan empat bulan.
Baca Juga:
- ‘Saya Sepatutnya Main Untuk Indonesia’, Nainggolan Akui Pemain Lebih Dihargai Di Sana Berbanding Belgium

- Senarai Penuh Liga Yang Boleh Dimainkan Dalam Football Manager 26

- Will Still: Pengurus Yang Sebabkan Kelab Lamanya Didenda RM120,000 Setiap Perlawanan, Kini Bersama Southampton

Ketika kedatangan ke Mexico dilihat sebagai satu perpindahan ‘blockbuster’, namun semuanya tidak berjalan dengan lancar apabila Ramsey hanya membuat enam penampilan dengan menjaringkan satu gol.
Aksi terakhir yang dihadapi oleh beliau adalah pada 28 September iaitu ketika pertemuan menentang Club America di gelanggang lawan.
Penglibatan Aaron Ramsey yang terhad bersama Pumas setakat ini kebanyakannya disebabkan beliau masih pemulihan daripada pembedahan hamstring yang dijalani awal tahun ini.
Masalah Dihadapi Ramsey
Keadaan bertambah sukar selepas insiden peribadi yang menyayat hati melibatkan anjing kesayangannya, Halo, pada awal Oktober.
Anjing kesayangan dengan baka ‘beagle’ itu hilang pada 9 Oktober di San Miguel de Allende, wilayah Guanajuato, Mexico.
Walaupun pemain pemain berusia 34 tahun itu menawarkan ganjaran bernilai $20,000 (£15,000) kepada sesiapa yang dapat menemuinya, Halo masih belum kembali ke rumah.
Menurut sumber laporan Goal, tekanan emosi akibat kehilangan itu telah membuatkan Ramsey ‘sepenuhnya terganggu’ dan menyumbang kepada keputusannya untuk meninggalkan pasukan.
Perkara tersebut turut diakui sendiri ketua jurulatih Pumas UNAM, Efrain Juarez.
“Kami sedang memantau keadaan ini. Saya dah sebut pada hari Rabu, mari kita lihat apa yang berlaku dalam beberapa hari akan datang.”
“Dia sedang menghadapi situasinya, yang kita semua tahu, melibatkan anjingnya. Selain itu, ada isu sebelum dia meninggalkan pasukan semasa rehat FIFA.”
“Jadi, kita kena tunggu dan lihat apa yang berlaku dalam beberapa hari akan datang,” tambah beliau lagi.