Pada bulan April lalu, petarung Muay Thai ONE Championship Johan Ghazali ada memuat naik video membawa sebuah Lamborghini Huracán berwarna kuning dengan caption bertulis ‘InshaAllah one day‘.

Baru-baru ini beliau dirakam meninggalkan perkarangan Astro, Bukit Jalil dengan menaiki Lamborghini Huracán berwarna biru.

Baca Juga:

Walaupun video pendek itu menunjukkan bahagian pintu kereta sahaja, namun ia cukup menarik perhatian orang ramai.

@era.je

Sebelum Jojo @johanghazali_ gerak balik,kita tanya soalan paling penting 👀 Thank you Jojo 🫶🏻 You will be forever number 1 too 💚🥊 #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai terkejut selepas melihat dia membawa kereta mewah itu.

Warganet turut mengucapkan tahniah dan tumpang berbangga kerana Johan berjaya memandu kereta idamannya pada usia yang muda.

'Kereta Baharu Jojo Ke?' – Johan Ghazali Bawa Lamborghini Huracán Raih Perhatian Ramai
Sumber Gambar: TikTok @era.je

Terdahulu, legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov menjemput bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali berlatih di gimnasiumnya di Dagestan, Russia sekiranya mahu beralih angin ke MMA (seni bela diri campuran).

Khabib menjemputnya ketika acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ di ibu kota selepas Johan menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang MMA.