Pelakon dan penyampai radio, Zairosminan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Roy Azman perkongsi perkembangan terkini dirinya selepas terselamat daripada insiden kereta terbakar.

Dalam satu video kemas kini yang dimuatnya satu jam lalu, Roy menyatakan beliau baru sahaja mengambil semula kereta Peugeot RCZ daripada bengkel di Ampang selepas membuat overhaul.

Baca Juga:

Kemudian dia membawa isteri dan anak bongsunya pergi ke Puncak Alam untuk makan malam bersama rakan-rakan yang lain.

Kira-kira pukul 11 malam, ada pengguna jalan raya lain membunyikan hon kepada Roy beberapa kali untuk memaklumkan terdapat api pada keretanya.

Bagaimanapun beliau tidak nampak api tersebut kerana kebakaran berlaku pada bahagian belakang bawah kereta.

“Waktu kita tengah drive, kita tak nampaklah api itu sebab api itu dekat bawah.

“Masa nak brek pula bermasalah, brek jadi kosong. Nasib baik handbrake masih berfungsi untuk berhentikan kereta,” ujar Roy.

Beliau turut bersyukur walaupun kereta tidak stabil semasa cuba memberhentikannya, kereta tersebut tidak terbabas melanggar penghadang jalan ataupun kereta terbalik — kerana pada waktu itu api sudah semakin marak.

Sejurus Roy dan isteri membawa anak bongsu mereka keluar dari kereta, api terus marak membakari kereta tersebut sepenuhnya.

Pada ketika ramai yang cuba menghubungi pelakon itu bertanyakan khabar, bagaimanapun beliau tidak dapat menjawab kesemuanya. Beliau berharap video penjelasan dikongsikan dapat memberi makluman kepada semua orang yang mengenali dirinya.

Menurut Roy Azman, beliau masih belum tidur lagi sejak insiden kereta terbakar itu berlaku bagi menyelesaikan dengan pihak berkuasa.

Pada masa sama beliau juga sedang berada di set pengambaran untuk shooting walaupun wajah keletihannya terlihat.

“Kereta betul-betul total lost, tapi apa yang penting semuanya selamat dan terima kasih semua yang bertanya khabar. Terima kasih sangat-sangat,” ujar Roy.