Kelibat kenderaan dipandu secara mengundur bukanlah satu perkara asing bagi segelintir pengguna jalan raya. Namun disebabkan ia jarang berlaku, acap kali kejadian itu berlaku pasti perhatian orang ramai.
Baru-baru ini seorang penunggang motosikal merakam sebuah Perodua Kancil sedang mengundur di Jalan Kamaruddin-Jalan Sultan Omar dekat SM (A) Khairiah, Kuala Terengganu.
Baca Juga:
- Netizen Kagum Pemandu Ini Cekap Pandu Keretanya Yang Rosak Secara Mengundur
- Pemandu Honda Civic Sanggup Undur Dan ‘Cucuk’ Kereta Di Belakangnya Demi Elak Bayar Tol
- Dituduh Cuba ‘Pau Duit’, Adik Penunggang Motosikal Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Kemudian kereta itu membelok ke simpang kanan dan berhenti betul-betul di hadapan barisan kereta yang sedang menunggu lampu isyarat merah di setentang laluan utama.
https://www.instagram.com/reel/CnMSC6kInFP/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Pemandu Kancil itu dilihat memusing keretanya untuk masuk ke laluan utama semula. Sambil mengangkat tangan, perlahan-perlahan dia meminta laluan daripada kenderaan lain untuk masuk semula ke laluan utama tersebut.
Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai memuji kecekapan pemandu Perodua Kancil yang dapat mengawal kenderaan tersebut walaupun bergerak secara mengundur.



Menurut orang ramai, kemungkinan kereta Kancil itu mengalami kerosakan kotak gear. Di mana kereta tersebut tidak boleh masuk gear ‘D’ dan hanya boleh bergerak menggunakan gear ‘R’ sahaja.
Dalam pada itu, ramai tertanya mengapa tiada orang memberikan bantuan kepada pemandu kereta Kancil itu.
Mereka berpendapat jika kenderaan tidak dapat bergerak secara normal, sepatutnya pemandu kenderaan segera menghubungi towing untuk bawa kenderaan ke bengkel kerana tindakan memandu secara ‘terbalik’ itu agak berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.