Seorang wanita menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit kerana tingkap kereta miliknya kena pecah dengan pencuri.
Selain daripada kereta kena pecah, wanita tersebut turut menunjukkan pemain Android dalam keretanya turut dicuri.

Baca Juga:
- ‘Belum Ada Lagi Pesalah Cermin Gelap Kena Masuk Penjara’ – Anthony Loke
- ‘Bayar Segera Atau Didenda’ – JPJ Beri 3 Bulan Untuk Pesalah Cermin Gelap Selesaikan Kompaun
- Ingkar Peraturan Cermin Gelap, Pemandu Atau Pemilik Kenderaan Boleh Didenda Dan Dipenjara Sehingga 12 Bulan
Bercakap kepada World Of Buzz, wanita bernama Zahirah itu menyatakan bahawa sebelum ini tingkap keretanya ditampal dengan pelekat gelap / tinted 90%.
Jadi amat sukar untuk pencuri melihat apa yang ada di dalam keretanya. Namun dia terpaksa menanggalkannya kerana JPJ melarang penggunaan tinted gelap sehingga 90% itu.
Menurut peraturan pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.
Malangnya, selepas dia membuang tinted tersebut, keretanya telah dipecah masuk dan pemain Android dalam keretanya dikebas.
Zahirah berkongsi video selepas kejadian itu di TikTok. Dengan dia masih kekal tenang dan berseloroh. Dia menyatakan dia sendiri keliru, apa yang dia harus rasakan waktu itu.
“Kau dah tau kau dah sepahkan kereta, kau boleh kemas tak balik? Serabutlah,” kata Zahirah sambil menyindir.
@surih4ti puasa kelima
Ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada Zahirah. Dan ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama. Netizen menyatakan reaksi Zahirah yang tenang itu sebenarnya penuh dengan rasa kecewa dan buntu.