Pementasan teater Korupsi Dewan Semandung yang diterbitkan oleh Ogy Ventures & Network telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 yang lalu.
Teater tersebut diarahkan oleh Khir Rahman dan dibintangi oleh Man Raja Lawak, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero mendapat sambutan yang memberansangkan.
Disebalik kejayaan pementasan teater, terdapat perkara kurang enak didengar iaitu sebelum ini kecoh di media sosial apabila Aloy, penulis skrip pementasan tersebut mendakwa tidak menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud.
Semalam, pengarah kreatif untuk teater Korupsi Dewan Semandung telah berkongsi di Twitter miliknya mendakwa perkara sama berlaku kepada dirinya. Menerusi perkongsian beliau, Ogy Ahmad Daud dan Ogy Ventures Networks gagal untuk melunaskan bayaran mengikut dalam perjanjian.
Menurutnya, bagi mereka yang menerima bayaran dengan 3 peringkat pembayaran tetapi ‘sangkut’ dapat bayaran pada peringkat kedua. Tambah beliau, separuh daripada krew terlibat seperti pelakon, pengurusan pentas, pencahayaan pembinaan set dan lain-lain masih ada yang belum terima satu sen pembayaran.
Sy akui ..bukan Kak Ogy tak bayar langsung ..tapi sy juga dgn sangat yakin akui, bhw separuh dari kami langsung belum terima satu sen pembayaran
( pihak pelakon + pihak pengurusan pentas + musician + pencahayaan + pembinaan set + wardrobe + catering dll)
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 1, 2020
Malah, hampir semua yang terlibat bersepakat untuk tidak membuat persembahan pada malam terakhir tetapi semua pihak terlibat menjayakan teater demi Khir Rahman. Keputusan tersebut dibuat selepas Ogy merayu untuk meneruskan persembahan malam itu dengan tandatangan surat perjanjian baru tetapi janji tersebut juga gagal dilaksanakan.
Pembayaran sepatutnya sudah dilunaskan sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita menirit kontrak yang telah dipersetujui.
Menuntut kontrak ..semua pembayaran sepatutnya dah pun selesai sebelum pandemic melanda negara (Malaysia)
Sy juga kesal ..krn ramai mereka yg terlibat melakukannya demi saya ..sama² mahu menjayakan ..dan Alhamdulillah.. teater tersebut memang berlangsung dgn cemerlang 🤲
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 1, 2020
Selain itu, pelakon untuk teater tersebut iaitu Syura Badron juga meluahkan perasaan di media sosial Instagramnya bahawa beliau berasa teraniaya dan tujuan beliau berkongsi kerana ingin menuntut haknya dan rakan-rakan selebriti serta kru yang terlibat dalam pementasan tersebut.
https://www.instagram.com/p/B_pcsUtpeII/
Sementara itu, memetik laporan MStar mengatakan bahawa Ogy Ahmad Daud sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut selaku penerbit dan akan melunaskan bayaran kepada mereka.
Tambahnya, beliau bukanlah tidak membayar langsung tetapi sudah membayar sebanyak 30% kepada beberapa krew seperti penulis skrip dan pengarah.
Berikutan penularan wabak COVID-19 dan menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, pastinya membuatkan ramai orang kehilangan pendapatan.
Mungkin wang pembayaran yang sepatutnya mereka terima adalah ‘penyelamat’ untuk mereka bertahan selama tidak ada kerja yang boleh dilakukan ketika ini. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?
Sementara itu, semalam kecoh apabila ada agensi PR ingin gunakan khidmat artist secara percuma. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?