Pelakon dan juga pengarah Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy baru-baru ini meminta agar wartawan dalam talian berhenti mensensasikan berita berkait kes hutang yang melanda dirinya dan krew sebuah pementasan teater sebelum ini.
Permintaan itu dibuat sendiri beliau melalui satu hantaran di akaun Instagramnya yang turut menampilkan salah seorang pelakon teater yang terpalit kes hutang sebelum ini iaitu Khir Rahman.
“Kami berlakon bersama kerana sudah tertulis ini rezeki kami berdua, apa yang saya lalui itu bahagian saya.
“Jadi, wartawan-wartawan online ini tak perlulah nak mensasikan pasal hutang
saya dengan beliau,”ujarnya.
Sambil memuatnaik video mereka berkongsi tawa, Ogy menegaskan mereka sebagai pihak yang terlibat dengan isu tersebut bersikap sangat profesional mengenainya dan tidak perlu untuk memutuskan silaturrahim hanya kerana masalah yang menimpa sebelum ini.
Video di Instagram itu difahamkan dirakam ketika kedua-duanya sedang menjalani proses penggambaran dan kelihatan seperti sedang berlakon dalam satu scene yang sama, berdasarkan kapsyen yang ditulis di kiriman tersebut.
Khir Rahman sebelum ini merupakan antara individu yang sering membawa masalah hutang itu ke perhatian umum selepas mereka dikatakan mempunyai masalah pembayaran walaupun teater tersebut telah dipentaskan.
As Salam. Sy selaku Pengarah (kreatif) utk sebuah produksi teater yg berjudul 'KORUPSI DEWAN SEMANDUNG', yg mana pementasannya telahpun berlangsung pada 28, 29 Feb & 1 March 2020, di Istana Budaya, Kuala Lumpur, mengaku, bhw pengakuan Fauziah Dato Ahmad Daud itu benar.
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 1, 2020
Baca penjelasan daripada Ogy sebelum ini berhubung perkara tersebut di pautan di bawah.
Keringat Tidak Dibayar, Khir Rahman ‘Buka Mulut’ Isu Teater Terbitan Ogy Ahmad Daud
Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?
Prestasi Makin Menurun, Netizen Minta Safawi Rasid Jauhi ‘Cinggey’