Bila cakap kerja bank, ramai orang terus membayangkan kerja bank ini kerja yang dapat banyak duit.

Gara-gara daripada kisah-kisah berkaitan pegawai bank Wall Street di Amerika Syarikat. Yang pendapatan setahun beratus ribu USD. Ada pula yang mendapat bonus berjuta-juta USD setahun.

2 jenis bank

Saja nak cerita.

Bank ada dua jenis. Satu bank komersil dan satu lagi bank pelaburan (investment bank).

Bank komersil adalah bank yang semua orang kenal seperti Maybank, CIMB, Affin Bank dan lain-lain.

Bank pelaburan pula seperti Maybank Investment, Affin Hwang Capital, MIDF Amanah Investment, KAF dan lain-lain.

1. DCM dan ECM

Yang extravagant kaya adalah bank pelaburan. Malah, bukan semua jabatan dalam tu dapat bonus banyak.

Biasanya yang dapat bonus tinggi adalah pihak-pihak moneymaker. Sama ada mereka buat sales, atau dapatkan pelanggan, atau dapatkan ‘projek’ dan lain-lain.

Yang paling kaya ialah Debt Capital Market (DCM) dan Equity Capital Market (ECM).

DCM ni kerja dia dapatkan pelanggan untuk keluarkan bon. ECM dapatkan pelanggan untuk keluarkan IPO (Initial Public Offering/ Saham Terbitan Awam).

Biasanya bonus mereka ni mesti lebih daripada 12 bulan. 24 bulan pun ada.

Kalau bawah 10 bulan, maksudnya ada kemelesetan atau apa-apa benda lainlah tu.

Mereka ini dealmaker. Ada sesetengah bank pelaburan, 60% daripada keuntungan datangnya daripada DCM sahaja.

Jadi memang kayo lah kan orang-orang dalam jabatan tu. Pada masa yang sama, mereka ini biasanya balik pukul 10 malam pada hari-hari biasa. Pukul 2 pagi pun ada kalau masa sibuk.

2. Dealers

Kedua kaya, dealers. Mereka ni kerja broker merangkap jurujual.

Apabila pelabur institusi nak melabur, mereka akan beritahu pelanggan mereka untuk buat pesanan dan lain-lain.

Apabila pasaran (saham) memberi pulangan yang baik dan transaksi banyak, bonus mereka berbelas bulan juga.

Tetapi apabila pasaran buruk, bonus jatuh satu digit jugalah. Jadi, 2-3 tahun yang lepas majoriti dealers bonus kurang power sikit.

Orang-orang dalam Wolf of Wall Streets tu, beginilah kerja mereka. Cuma mereka tu untuk pelanggan runcit.

3. Pengurus dana atau perbendaharaan

Ketiga, fund manager (pengurus dana) atau treasury (perbedaharaan).

Jabatan perbendaharaan ini ada di semua institusi kewangan.

Pengurus dana pula bukan di bank pelaburan, tetapi syarikat pengurusan aset (asset management company).

Bonus sangatlah bergantung kepada prestasi pelaburan mereka. They are the moneymaker. Tetapi kalau salah langkah boleh jadi losemaker juga.

4. Jabatan penyelidikan

Yang tak kaya mana. Research department (jabatan penyelidikan). Jabatan aku kerjalah.

Jaranglah kami dapat bonus lebih 12 bulan sob sob.

Sebab kami tak buat duit terus, kami macam jabatan sokongan semua pihak di atas untuk buat duit.

Tetapi kalau pegang jawatan senior, masih, gaji paling kurang 5 angka. Kalau head of equity/ research/ chief economist gaji dari RM15k sehingga 100k.

5. Jenis kelima

Yang lain dari lain. Tapi ada banyak entiti-entiti kecil yang bergerak sendiri dan menumpang lesen bank pelaburan lain.

Haa mereka ni biasanya bagi bonus menggila pada pekerja dia dan diri sendiri.

Ada seorang tu aku dengar dia bagi bonus pada diri dia 13 tahun. Yup bukan typo. Memang 13 tahun punya gaji i.e. 156 bulan.

Dia bagi pula pada staf penting bonus 8 tahun. Yup 96 bulan.

Kerja pula, memang sami’na wa ata’na kepada bos tu sepenuhnya. Kena pecat 24 jam pun ada.

Sekian. Sedikit perkongsian berkaitan duit bekerja di bank.

Trivia

1. Sebenarnya majoriti yang kerja bank pelaburan, tak tahu pun bagaimana nak melabur dalam pasaran saham. Tetapi penganalisa dan pengurus dana taulah.

2. Ramai sangat tulis ‘lelaki ini tinggalkan kerja bank’… Sedangkan tak semua kerja bank tu banyak duit.