Penduduk sebuah kondominium mewah di sekitar Mont Kiara berasa kecewa kerana kerja-kerja kutip sampah tergendala selepas terdapat sebuah McLaren 720S diletakkan di tepi jalan menghalang laluan pintu masuk.

Menerusi hantaran Facebook Komuniti Mont Kiara, salah seorang pengguna Facebook mendakwa pemilik kereta mewah itu tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan pintu masuk belakang, menghalang sebuah trak sampah daripada memasuki kawasan kondominium itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Trak sampah tidak boleh masuk untuk mengambil sampah di kondominium Mont Kiara, semuanya kerana sebuah McLaren menghalang laluan pintu masuk. Ini masalah sikap,” petik kapsyen hantaran Facebook tersebut.

Warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan mengkritik pemilik kereta mewah itu kerana tidak bertimbang rasa dengan meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan kondominium di Mont Kiara itu.

“Boleh beli McLaren, tapi tak mampu bayar parkir RM2?,”

“Pengawal keselamatan patut hubungi DBKL untuk tunda kereta tersebut,”

“Jika diletakkan secara salah, DBKL atau polis kompaun pemilik kereta atau tarik kenderaan itu pergi,”

“Selalunya dengan ‘kuasa viral’ ini satu-satunya cara untuk mendapatkan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dapat dibuat secepat mungkin,” petik antara beberapa luahan netizen yang kurang senang dengan insiden yang berlaku itu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.