Ramai graduan yang mendapatkan pinjaman wang untuk melanjutkan pengajian tinggi dari badan kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat namun tetapi boleh dikira dengan jari sahaja bilangan yang membayar semula.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu hantaran berhubung pencarian individu yang didakwa gagal melangsaikan hutang pinjaman pelajaran yang lama meskipun sudah berpangkat besar pada hari ini.

“Kepada yang mengenali beliau, minta beliau hubungi MAJLIS AMANAH RAKYAT. Jelaskan hutang pinjaman pelajaran beliau dan jangan susahkan penjamin2,” tulisnya di platform Facebook.

Difahamkan individu terbabit turut telah menyusahkan pihak penjamin yang mana dipercayainya dirinya sendiri kerana berdasarkan kenyataan dia menjadi penjamin kepada anak kawannya.

'Kerjaya Hebat, Tetapi Gagal Lunaskan Hutang Pelajaran MARA' - Penjamin Tersepit Selepas Terima Saman
Sumber Gambar: FB Muhamad Syukri Ishak

Sementara bapa peminjam pula sudah meninggal dunia yang mana rakan kerjanya dahulu. Dia pula kini sudah kebuntuan apabila ibu kepada peminjam tidak mahu memberi kerjasama dengan alasan tidak percaya anaknya tidak membayar hutang berkenaan.

Kini lelaki itu mendakwa sepatutnya boleh bertenang sewaktu persaraan kini berubah menjadi mimpi ngeri apabila mendapat surat saman dari pihak MARA.

'Kerjaya Hebat, Tetapi Gagal Lunaskan Hutang Pelajaran MARA' - Penjamin Tersepit Selepas Terima Saman
Sumber Gambar: FB Muhamad Syukri Ishak

Oleh itu, dia berharap dengan hantaran di media sosial ini boleh bantu menjejak individu tersebut dan bertanggungjawab dengan hutang tersebut lebih-lebih lagi apabila sudah berkerjaya profesional dengan gaji lumayan.

'Kerjaya Hebat, Tetapi Gagal Lunaskan Hutang Pelajaran MARA' - Penjamin Tersepit Selepas Terima Saman
Sumber Gambar: FB Muhamad Syukri Ishak

Berdasarkan tangkap layar di Linkedin, individu tersebut berkerja di Singapura sebagai freelance dalam bidang kesihatan.

 

Hantaran beliau mendapat perhatian ramai dan netizen berharap individu yang dinyatakan untuk tampil melangsaikan hutang pelajaran MARA itu.

Selain itu, netizen berharap pihak MARA untuk memperketatkan fasiliti pinjaman pelajaran dengan menghubungkan ke CCRIS seperti yang dipratikkan untuk PTPTN.