Melihat rekaan kerusi AK47 ini mengingatkan saya dengan negara Afghanistan. Semasa di sana dahulu, senjata ini sangat mudah dilihat di mana-mana. Boleh dikatakan hampir setiap semua orang memilikinya, lebih mengujakan ia umpama permainan buat anak muda di sana.

Bagai saya itupun sudah cukup gila, tapi apa yang wanita ini buat dengan AK47 lebih dahsyat. Mana tidaknya, senjata yang digunakan untuk perang dijadikan sebagai kerusi rehatnya sahaja. Idea gila yang power!

Wanita yang saya maksudkan ini ialah Rainier Weber, iaitu seorang seniman yang selalu tampil dengan idea-idea unik melampau. Inspirasi untuk mencipta kerusi daripada senapang AK47 ini muncul setelah beliau membaca buku yang menceritakan tentang sejarah Michail Kalashnikov.

Dari situlah dia mula mendapat idea untuk mencipta kerusi daripada AK47. Kata orang, keistimewaan seseorang seniman itu dapat dilihat melalui hasil kerjanya dan Rainier telah berjaya membuktikannya. Kerusi ini bukan sekadar gimik semata, ia diperbuat daripada senapang AK47 yang sebenar dan disadur dengan emas. Fuh!

Senapang bersalut emas sudah cukup membanggakan, apatah lagi jika memiliki kerusi senapang bersalut emas. Selain daripada kerusi, Rainier Weber turut datangkan bersama aksesori yang lain seperti pemegang lilin dan juga topi keledar.

Teringin memiliki kerusi ini, ia berharga $127,000 Usd iaitu bersamaan RM562800.00.

Sumber