Sejak pelaksanaan beberapa siri PKP tahun ini, kawasan ‘jalan belakang’ yang turut dikenali sebagai ‘B-road’ agak lenggang dengan bunyi deruman enjin dan ekzos pelbagai motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Namun masih terdapat segelintir pemilik kenderaan berkuasa tinggi bertindak mencuba nasib untuk melepaskan ‘gian’ baru-baru ini.

Seramai 15 orang pemilik motosikal berkuasa tinggi telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang dan telah dikenakan kompaun oleh polis pada hari Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, operasi Sekatan Jalan raya (SJR) telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selama dua hari sejak Sabtu pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Operasi tersebut dibuat selepas polis menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan tersebut sebagai litar motosikal.

“Kesemua penunggang lelaki berusia antara 18 dan 41 tahun itu diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB (Pindaan 2021),” terang beliau.

Sekeping gambar yang tular tersebut sudah cukup membuatkan orang ramai meluahkan kekecewaan dan tersinggung dengan kesemua pemilik motosikal berkuasa tinggi tersebut yang sanggup ingkar arahan pihak kerajaan tatkala angka kes COVID-19 saban hari tidak menunjukkan sebarang penurunan.

vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-6
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette
vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-5
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette
vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-7
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette
vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-8
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette
vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-3
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette
vocket-netizen-kecewa-motosikal-berkuasa-tinggi-4
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Gazette

Netizen turut meminta orang ramai bersama-sama lebih peka dan bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian COVID-19, sekaligus dapat menurunkan kes harian dan negara akan dapat kembali bergerak bebas seperti sediakala.

Sebanyak 19 saman lalu lintas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi pada Sabtu lalu dan kesemua penunggang motosikal itu telah dikenakan kompaun berjumlah RM75,000 iaitu RM5,000 setiap seorang atas kesalahan mengingkari arahan SOP.

Pada awal bulan ini beberapa orang ramai telah dikenakan kompaun oleh MBSA akibat berjoging di taman awam. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Gara-Gara Joging Di Taman Awam, 9 Kompaun Dikeluarkan MBSA Buat Individu Yang Langgar SOP

Edar Produk Di SJR, ‘Bantuan’ Pengasas Jenama Kecantikan Ini Dipersoal Netizen