Kedah Darul Aman (KDA FC) sebentar tadi mengesahkan kes saman fitnah terhadap wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah diselesaikan dengan cara baik.

Wartawan sukan itu sebelum ini telah membongkarkan perkara yang boleh dianggap sensetif terutamanya buat kelab tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau telah memuatnaik satu salinan dokumen dengan kepala surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada KDA FC berkenaan Potongan Cukai Berjadual (PCB) 2021 hingga 2022 di laman Twitter peribadi miliknya pada 24 Ogos 2022.

Selain itu, beliau turut mengaitkan isu cukai tersebut hingga menyebabkan barisan kejurulatihan dan pemain import Kedah berdepan masalah untuk ke luar negara.

Zulhelmi kemudiannya diminta untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan menyebabkan KDA FC melalui firma guaman dilantik, Farahazlinda & Co. telah mengeluarkan satu notis tuntutan kenyataan fitnah terhadapnya pada 12 Oktober 2022.

Oleh kerana beliau sudah memadamkan kandungan ciapan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikannya dengan penuh harmoni.

“Selepas melalui proses mediasi di Pusat Mediasi Mahkamah Alor Setar pada 14 Disember lepas, pihak-pihak dalam tindakan writ saman bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama kepada umum seperti berikut.”

“Kedua-dua pihak mencapai penyelesaian dalam kes tuntutan saman berkaitan kenyataan di Twitter (sekarang dikenali sebagai X) @zulhelmizainal1 yang diciap pada 10 Oktober 2022.”

“Terdahulu, Defendan setelah menerima writ saman telah memadam dan menarik balik ciapan tersebut. Oleh itu, perkara ini dianggap telah diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak secara damai.”

Sumber