Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menegaskan beliau sanggup untuk bermain secara percuma demi membantu bekas kelabnya iaitu Kedah Darul Aman.
Kedah tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/25 dengan keputusan 3-0 sekaligus tunduk kepada juara bertahan itu dengan keputsan 5-1 secara agregat.
Baca Juga:
- Liridon Krasniqi Dedah Hampir Sertai Kelab Dari Utara Tanah Air
- Liridon Krasniqi Mahu Kembali Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan
- Liridon Krasniqi Tampilkan Kelincahan Di Kancah Futsal Jerman
Liridon kemudiannya menulis komen di laman Instagram KDA FC selepas perlawanan tamat dimana beliau mahu membantu bekas kelabnya untuk kembali menyinar.
“Telefon saya belum berbunyi. Saya mahu kembali ke rumah. Saya akan main secara percuma, hanya mahu membantu pasukan.
“Kedah, sudah tiba masa untuk anda kembali menyinar,” tulis Liridon Krasniqi.
Sebelum ini, pemain kelahiran Kosovo itu mendedahkan beliau hampir untuk menyertai salah satu kelab dari utara tanah air bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Perkara ini dinyatakan oleh Liridon ketika menjawap soalan peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada beliau berminat sekiranya diberi peluang untuk kembali bersama bekas pasukannya Kedah.
“Saya akan kongsikan perkara ini sendiri. Hello dan selamat sejahtera kepada semua. Saya mahu berkongsi satu perkara dengan keluarga Kedah saya. Saya sentiasa teruja untuk kembali beraksi bersama Kedah.
“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya. Dia juga memberitahu bahawa gemar dengan apa yang saya ada dan mahu saya berada dalam pasukan.
“Akan tetapi, atas sebab beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan. Cinta saya terhadap Kedah sama seperti cinta saya kepada keluarga saya.
“Saya memberitahu perkara ini kerana mendapat banyak soalan berkenaan peluang kembali bersama Kedah. Saya ada menerima tawaran dalam beberapa bulan terakhir, dan saya mahu semua pihak tau mengenainya. Semua atas dasar cinta, selamanya Hijau Kuning,” tulis pemain yang mesra dipanggil Matdon ketika menyarung jersi Kedah.