Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana telah menggesa syarikat Foodpanda untuk membuang seorang pekerjanya kerana meninggalkan komen yang mengguris hatinya.

Sarah menyatakan dia kecewa kerana tindakan lelaki tersebut yang toksik dan menggelarnya sebagai ‘geng secondhand’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di Twitter ramai yang tidak setuju dengan tindakan Puteri Sarah itu. Kerana dianggap terlalu emosi dan boleh menutup periuk nasi orang lain.

Sarah telah menge-taga Foodpanda Malaysia di twitter dengan tulisan: “Mamat Afipazni dengar kata tengah berlatih dekat Foodpanda Malaysia dalam pejabat,

“Sila buang staf toksik seperti ini, lepas kamu pun dah tahu dah viral. Tak guna simpan staf toksik seperti ini,” tulis PSL.

Puteri Sarah sebelum ini bersama dengan Bella Astillah. Dan lelaki itu telah memperlekehkan mereka sebagai geng secondhand atau geng barang terpakai.

Merujuk kepada wanita yang sudah janda. Komen tersebut telah menarik perhatian Puteri Sarah. Dan Puteri Sarah menafikan dia seorang yang kejam kerana telah menggesa Foodpanda untuk menamatkan perkhidmatan lelaki tersebut.

Puteri Sarah dilaporkan turut berkongsi dengan pengikutnya tentang profil lelaki tersebut. Sambil menambah bahawa lelaki itu adalah individu yang sering menghantar mesej peribadi media sosial beliau untuk mencacinya.

Puteri Sarah juga turut membalas di komen menggelarkan lelaki itu sebagai seorang yang suka memondan di hantaran orang lain.

Sarah juga mendedahkan bahawa dia telah disekat oleh lelaki tersebut.

Namun tindakan Sarah itu bukan bermakna dia seorang yang kejam, katanya lagi. Tetapi sebab dia sudah tak tahan dengan lelaki tersebut yang terlalu toksik.

Puteri Sarah berkata: “Saya bukanlah kejam.. Tapi tiba-tiba masuk komen dan menghina non stop.

“Ehh apa masalah kau? Dan rupanya dia menghina ramai orang lagi. Ini je pengajaran dia.”

Ada juga yang menyokong tindakan Puteri Sarah itu, walaupun akui kasihan dengan lelaki tersebut.