Adik kepada Aliff Aziz, Aisyah Aziz mendedahkan bahawa abangnya curang kerana impak daripada dibuli ketika di sekolah satu ketika dahulu.
Menurut Aisyah, setiap pihak harus membantu abangnya itu bukannya berterusan cuba menjatuhkannya.
Baca Juga:
- Aliff Aziz: “Saya Pendosa Yang Jujur”
- Aliff Aziz Kongsi Masalah Peribadi Dengan Ruhaines Demi Perbaiki Prestasi Kerja
- Aliff Aziz Menangis Dalam Podcast, Anggap Bella Curang Satu Kifarah
Aisyah sebelum ini bertikam lidah dengan Didi Astillah – adik Bella Astillah – di media sosial.
Aisyah yang sebelum ini banyak berdiam diri berkaitan isu yang melibatkan abangnya, akhirnya bersuara.
Dia menegaskan bahawa abangnya itu masih dalam proses pulih daripada trauma yang dia alami ketika sekolah. Oleh sebab itu abangnya seringkali melakukan perkara yang nakal dalam hidupnya.
Aliff Aziz beberapa kali terlibat dalam kontroversi sejak menjadi artis yang glamor.
Oleh sebab itu Aisyah mendapati simptom yang berlaku pada abangnya mirip kepada apa yang dialami Justin Bieber dan Chris Brown.
Aisyah berkata: “Saya bukan bercakap kerana saya di sebelah yang menjadi punca menyebabkan semua ini. Dia jelas sekali sedang dalam kesakitan – jelas sekali dia [Aliff Aziz] memerlukan bantuan.
“Mereka yang sudah pulih daripada trauma seperti dialaminya tidak akan melakukan perkara yang dia buat.
“Dia daripada seorang mangsa buli yang terselamat ketika di sekolah kepada seorang yang menempa kemasyhuran pada usia 16 tahun.
“Kamu tengok tak kerosakan pada Chris Brown atau Justin Bieber? Perkara ini mungkin yang sedang berlaku kepadanya [Aliff Aziz].
“Tetapi keadaan ini tidak akan menjelaskan apa apa, sudah tentunya.”
Aisyah Aziz juga memohon orang ramai untuk berdoa termasuk Bella Astillah untuk membantu Aliff Aziz bagi memudahkan proses pemulihannya.
“Mungkin kamu tidak kisah tentang dia. Namun saya harap kamu ada ruang kecil di hati kamu selepas kamu membaca ini dan berdoa untuknya. Agar dia menemui jalan untuk pulih, amin.
“Dan tak lupa kepada Bella Astillah, kepada anak anak saudara saya, berharap kamu dipermudahkan agar dapat pulih daripada semua ini,” tulis Aisyah.