Brazil dan Jepun bakal berentap dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium NRG, Houston, dengan pemenang akan menempah tiket ke pusingan 16 terakhir. Brazil hadir selaku juara Kumpulan C, manakala Jepun mara sebagai naib juara Kumpulan F.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti dilihat semakin mantap selepas menamatkan saingan kumpulan tanpa kalah.
Namun, Jepun bukan lawan yang boleh dipandang rendah. Di bawah bimbingan Hajime Moriyasu, Samurai Blue terus membuktikan mereka mampu bersaing dengan pasukan elit dunia.
Mereka pernah mengejutkan Brazil dengan kemenangan 3-2 dalam aksi persahabatan tahun lalu, sekali gus memberi keyakinan bahawa mereka mampu sekali lagi mencipta kejutan.
Kekuatan utama Jepun ialah disiplin taktikal, intensiti tekanan tinggi serta kepantasan ketika melakukan serangan balas.
Jepun berpotensi mengeksploitasi ruang di belakang barisan pertahanan Brazil yang kadangkala terlalu tinggi ketika menyerang.
Dari sudut sejarah, Brazil masih memiliki rekod jauh lebih cemerlang di pentas Piala Dunia, manakala Jepun belum pernah melangkah lebih jauh daripada pusingan 16 terbaik.
Faktor pengalaman dalam perlawanan kalah mati dijangka menjadi kelebihan besar buat Selecao.
Kesebelasan utama Brazil
Berikut adalah kesebelasan utama Brazil, dengan bintang legenda mereka, Neymar berada di bangku simpanan.
Matheus Cunha terus menjadi false no.9 digandingkan bersama Vini Jr dan Rayan.
Brazil 4-2-3-1
Alisson (GK) Danilo, Gabriel, Marquinhos, Douglas (DF) Guimaraes, Casemiro, Paqueta (MID), Rayan, Cunha, Vini Jr. (ATT)
🚨 OFFICIEL : le XI du Brésil face au Japon !
🗒️🇧🇷 Alisson – Danilo, Gabriel, Marquinhos, Douglas – Guimarães, Casemiro, Paquetá – Rayan, Cunha, Vini Jr.#BREJAP #FIFAWorldCup pic.twitter.com/UErHc3ObDo
— Foot Mercato (@footmercato) June 29, 2026
Kesebelasan utama Jepun
Jepun kehilangan khidmat pemain seperti Takefusa Kubo. Mereka turun dengan formasi 3-4-3. Kamada sekali lagi menjadi antara ayam tambatan Jepun.
Jepun 3-4-3 – Suzuki (GK) Ito, Watanabe, Taniguichi (DF) Doan, Sano, Kamada, Nakamura (MID), J. Ito, Ueda, Maeda (ATT)
🚨OFFICIEL : le XI du Japon face aux Brésil !
🇯🇵🗒️ Suzuki – Ito, Watanabe, Taniguichi – Doan, Sano, Kamada, Nakamura – J. Ito, Ueda, Maeda.#BREJAP #FIFAWorldCup pic.twitter.com/DjXGhnWlwX
— Foot Mercato (@footmercato) June 29, 2026