Kesebelasan utama skuad kebangsaan Indonesia berpotensi untuk dibarisi oleh pemain kacukan sepenuhnya selepas badan bola sepak negara itu terus mencari pemain berstatua diaspora.
Baru-baru ini, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengumumkan penjaga gol yang beraksi di Amerikan Syarikat, Maarten Paes telah berjaya mendapatkan kerakyatan negara itu seterusnya boleh beraksi bersama skuad Garuda.
Baca Juga:
- Pemain Indonesia Enggan Menyerah Kalah, Tekad Buru Tempat Ketiga AFC B-23
- Piala Asia B-23: VAR Nafikan Kemenangan Indonesia Di Separuh Akhir
- Indonesia Sedia Lakar Sejarah Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024
🌍✨ Asal-Usul Maarten Paes: Kisah Naturalisasi yang Menarik 🇮🇩⚽️
Kemarin, Maarten Paes resmi jadi WNI.
Namun hal uniknya adalah Paes tidak mempunyai darah Indonesia. Bagaimana bisa?
Apresiasi buat yg bantu Retweet & Like! #ThreadFaktaSepakbola
Thread 👇 pic.twitter.com/359bKuBZlL
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) May 1, 2024
Kehadiran Paes ini menambah lagi jumlah pemain kacukan yang bakal beraksi bersama skuad bimbingan Shin Tae-yong dalam usaha mereka untuk layak ke Piala Dunia pada 2026 dan Piala Asia pada 2027 mendatang.
Sebelum ini, negara jiran itu diperkuatkan oleh pemain seperti Justin Hubner, Shayne Pattynama, Jay Idzes, Sandy Walsh, Jordi Amat, Nathan Tjoe-A-On, Thom Haye, Ivar Jenner, Rafael Struick dan Ragnar Oratmangoen.
10 pemain di atas ditambah dengan Paes berpotensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus menjadikan semua pemain kacukan akan menjadi sandaran untuk Tae-yong.
Masuknya Maarten Paes membuat Indonesia bisa menurunkan sebelas pertamanya dari pemain naturalisasi. Belum lagi Calvin Verdonk dan Jens Raven yang sedang dalam proses 🧐
Mungkin gak nih kita bakal liat line-up ini dalam setahun ke depan? 🤔 pic.twitter.com/dDFylX9evm
— PanditFootball.com (@panditfootball) May 1, 2024
Pada masa yang sama, PSSI sedang giat untuk menyelesaikan proses naturalisasi dua pemain iaitu pemain pertahanan kiri kelab Belansa, NEC Nijmegen iaitu Calvin Verdonk dan penyerang muda yang berusia 18 tahun dari FC Dordrecht iaitu Jens Raven.
Sekiranya proses bagi kedua-dua pemain ini lancar, Indonesia bukan sahaja mempunyai kesebelasan utama yang penuh dengan pemain kacukan malah di bangku simpanan juga dibarisi oleh pemain dengan status sama.
Kehadiran lambakan pemain kacukan ini disambut baik oleh peminat pasukan itu dimana mereka berharap pemain yang diambil mampu meningkatkan kualiti pasukan selain membimbing pemain tempatan yang rata-ratanya pemain muda.
Untuk makluman, skuad Indonesia B-23 Tahun akan berdepan Iraq dalam aksi penentuan tempat ketiga dalam saingan AFC B-23 Tahun hari ini. Sekiranya menang, maka Garuda akan menempah slot automatik ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.