Hasrat Indonesia untuk melangkah ke perlawanan akhir saingan AFC B-23 Tahun tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada Uzbekistan dalam perlawanan peringkat separuh akhir.
Dalam satu lagi aksi yang diwarnai oleh keputusan meragukan dari pengadil, skuad Garuda terpaksa akur dimana mereka tewas dengan keputusan 2-0 selain menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Rizky Ridho dibuang padang.
Baca Juga:
- Piala Asia B-23: VAR Nafikan Kemenangan Indonesia Di Separuh Akhir
- Indonesia Sedia Lakar Sejarah Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024
- Komuniti Bola Sepak Asean Gembira Dengan Pencapaian Indonesia
Selepas perlawanan tamat, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir berjumpa dengan pemain dan mereka enggan untuk menyerah kalah dan mahu merebut tempat ketiga dalam saingan edisi kali ini.
Erick Thohir : " Ini ada gim kedua yang penting untuk lolos ke olimpiade "
" Kita mau nyerah atau fight back "
Seluruh pemain : " FIGHT BACK " 👊🔥
Semangat Garuda Muda, Asa itu masih ada🦅🇮🇩#TimnasDay #AFCU23AsianCup
Arhan Struick Sananta Jerome Wasit pic.twitter.com/zzjaQJxEpq— YBBA (@BolaBolaAja) April 29, 2024
Nada sama turut dikongsi oleh ketua jurulatih iaitu Shin Tae-yong dimana pengendali dari Korea itu yakin Indonesia akan layak ke Sukan Olimpik di Paris.
“Saya percaya kepada diri sendiri dan pemain. Kami semua yakin akan layak ke temasya Sukan Olimpik 2024. Perlawanan pada 2 Mei ini amat penting dan kami perlu mendapat rehat yang cukup untuk menghadapi Iraq,” kata Shin Tae-yong.
Prestasi yang ditampilkan oleh Indonesia dalam saingan AFC B-23 Tahun kali ini cukup mengejutkan dimana tidak ramai yang menjangka mereka akan mara sehingga ke tahap ini.
Indonesia diletakkan dalam kumpulan sukar bersama tuan rumah iaitu Qatar, Australia dan Jordan dimana pada perlawanan pertama mereka tewas kepada Qatar.
Indonesia mempamerkan kebangkitan dengan menewaskan Australia dan Jordan dan kemudian Korea Selatan di peringkat suku akhir.
Sekiranya berjaya menewaskan Iraq dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, maka Indonesia akan menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.