Masalah kesihatan Ronald Araujo sebenarnya lebih serius daripada yang disangka.
Araujo sebelum ini sudah meminta pelepasan khas daripada kelab untuk dia memulihkan semula kesihatan mentalnya.
Pemain itu berdepan dengan tekanan mental kerana cemuhan dan kritikan segelintir pihak yang dianggap melampau ke atasnya.
Kesilapan ketika menentang Chelsea memberikan tekanan yang lebih kuat kepada Araujo yang selepas itu telah memohon untuk direhatkan.
Sebelum ini ada segelintir peminat mempersoalkan kelab memberikan rehat khas buat Araujo untuk dia fokus kepada kesihatan mentalnya.
Ternyata, isu kesihatan mental Araujo jauh lebih serius daripada disangka. Dia malah ada kemungkinan tidak akan menyarung jersi Barcelona lagi.
Dia benar benar terkesan dan tekanan itu membuatkan dia seringkali membuat tindakan yang tidak sewajarnya di atas padang yang merugikan pasukan.
Dia juga seringkali bimbang dalam membuat keputusan kerana risau akan melakukan kesilapan.
🚨 BREAKING: Ronald Araujo's psychological situation is more serious than people think.
The player is very affected. There is a possibility that he won't ever put on a Barça shirt again.
— @partidazocope pic.twitter.com/NXL9fzVjVS
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 8, 2025
Ramai yang memberikan sokongan moral kepada Araujo. Salah seorang peminat berkata: “Kita kena sedar bahawa pemain bola sepak tetap manusia biasa.”
Yang lain berkata: “Kesihatan mental bukan benda remeh, dia perlukan sokongan daripada keluarga dan pasukannya. Bagus Barcelona memahami apa yang berlaku kepadanya.”