Satu Malaysia menyambut baik Siaran langsung Piala Dunia 2026 di RTMKlik kerana menyifatkannya sebagai kemudahan terbaik untuk menikmati perlawanan bertaraf dunia secara percuma dan fleksibel.

Susulan pengumuman semalam mengenai acara sukan Formula 1 (F1) kembali semula ke negara ini, rakyat Malaysia sudah mula meletakkan harapan tinggi agar pihak RTM juga dapat menyiarkan acara tersebut di platform penstriman berkenaan.

Dalam satu temu bual ringkas bersama Auto Plate Division, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Encik Ashwad Ismail tampil menjawab permintaan orang ramai.

Menurut beliau, industri media tempatan akan meneliti lebih lanjut berhubung penyiaran acara berprestij itu.

“Saya rasa industri (media) kita akan teliti benda ini. Ia bukan saja kerja seorang, ia merupakan kerja beramai-ramai. Ia bukan saja kerja RTM tapi kerja semua industri media di Malaysia ini.

“Kita akan pastikan menyemarakan lagi terutamanya F1 yang bakal tiba ke Sepang tidak lama lagi,” jawabnya.

Terdahulu, F1 dan Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi hos untuk F1 Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Acara itu berlangsung di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura.

Acara ini, yang tertakluk kepada perjanjiian akhir dan kelulusan rasmi termasuk persetujuan Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC), akan dinamakan sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.