Ketua Polis Negara berikrar bahawa institusi mereka akan melakukan siasatan telus dan adil ke atas pegawai kanan polis yang melanggar seorang pelajar sehingga maut.

Pengawai Kanan Polis Ditahan Susulan Kes Langgar Pelajar Depan Sekolah Sehingga Maut

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejadian itu berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak.

Arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan maut di tempat kejadian selepas dikatakan diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter dan mengalami kecederaan di abdomen.

Dipetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata: “Siasat adil dan telus akan dilakukan membabitkan semua sudut berhubung kejadian seorang pegawai kanan polis didakwa melanggar mati pelajar sekolah berusia 17 tahun semalam.”

Beliau turut mengesahkan bahawa pesalah tersebut dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Sambil menegaskan bahawa siasatan telus polis adalah tiada kompromi ke atas mana mana indidividu.

Beliau berkata lagi: “Polis tidak akan sesekali melindungi atau berkompromi dalam isu ini walaupun ia membabitkan pegawai kanan polis.”

“Buat masa ini saya sudah bercakap dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri serta KP Perak bagi memantau siasat kes ini dengan rapi.”

“Siasatan awal dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun polis juga akan melihat kepada keperluan siasatan di bawah lain-lain seksyen bersesuaian dengan kesalahan apabila siasatan lengkap kelak.”

Selain itu Razarudin mengesahkan bahawa polis sudah mengambil keterangan dan merakam percakapan daripada berberapa saksi termasuk tuju pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian. Sambil mengalu alukan lebih ramai saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.