Kecoh pada hari ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut serta mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor.

Lebih mengejutkan ramai, beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) difahamkan telah ditahan pihak polis di sebuah hotel di Mont Kiara pada jam 3 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini sekaligus telah menimbulkan tanda tanya serta buah mulut di kalangan segelintir netizen yang mempertikaikan tujuan tangkapan dibuat pada jam 3 pagi.

Terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi gara-gara beliau bersama pegawai khasnya menolak semua panggilan pihak polis.

“Tindakan yang diambil oleh pasukan polis menahan Datuk Seri Muhammad Sanusi, dilakukan terhadapnya pada jam 3 pagi tadi selepas beliau tidak menjawab dan membalas panggilan yang dibuat terhadapnya.

“Malah panggilan ke atas dua pegawai kanannya oleh pihak polis juga turut direject (ditolak) sehingga kita membuat keputusan menahannya selepas kertas siasatan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, lewat petang semalam,” katanya kepada media di Bukit Aman, semalam.

Sanusi Md Nor yang pada pagi ini dihadapkan di mahkamah walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Beliau juga turut memaklumkan kebebasan bersuara bagi negara ini sudah tidak lagi ada setelah didakwa mempertikaikan kewibaan Kesultanan Selangor.

Sumber