Bergelar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ketua Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apabila dengan sengaja menayang kertas undi beliau kepada petugas media.

Menerusi perkongsian seorang laman X, @La_FarEast, gambar yang dikongsikan jelas menunjukkan Muhammad Sanusi dengan sengaja mempamerkan pilihan beliau di atas kertas undi sebelum beliau memasukannya ke dalam kotak undi.

Baca Juga:

Dilaporkan tindakan yang dilakukan merupakan satu kesalahan di bawah Perkara (39) menyebut – tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.

Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber