Ketupat merupakan salah satu komponen juadah yang wajib ada di pagi Hari Raya. Bagaimanapun, kemahiran menganyam ketupat menentukan estetik dan kecantikan sesuatu kejadian ketupat tersebut.

Baru-baru ini, seorang pemuda telah memperlihatkan skil menganyam ketupat yang luar biasa apabila mampu membuat bentuk berbeza dari yang tradisional.

Pemuda itu dengan bangga menunjukkan setiap hasil ciptaan bentuk anyaman ketupat yang serba unik dan menarik beserta nama yang cukup kreatif.

Bermula dari bentuk kucing, dinosaur, bentuk hati, jantung dan pasar bawang sate.

@syahirnordin_

Comel kan!! Korang pandai buat ketupat yang mana? – Ketupat Kucing – Ketupat Lembu – Ketupat Dinosour – Ketupat Love – Ketupat Jantung – Ketupat Pasar – Ketupat Bawang – Ketupat Sate #ketupat #kampung #raya

♬ original sound – OHBUKAN! – OHBUKAN!

Video berdurasi 32 saat itu meraih sejumlah 1.2 juta jumlah tontonan menerusi platform TikTok dan menarik minat orang ramai untuk mempelajari cara menganyam sesetengah bentuk yang comel tersebut.

“Boleh dh tu buat bisnes jual sampul ketupat pelbagai bentuk…awak kan genius. nanti mesti yg love tu paling sold out kalau dijual,” ujar seorang netizen untuk diniagakan kerana mempunyai potensi.

“Baru tahu ketupat ada multiverse,” seloroh seorang lagi.

Menariknya, beliau tidak lokek ilmunya malah sedia berkongsi cara menganyam salah satu ciptaannya iaitu Cattupat yang berbentuk seekor kucing comel.

@syahirnordin_

Replying to @Na Hasil rebus ketupat kucing. Kucing ni obesiti, terlebih beras!! 🐱😂 #raya #ketupat #kampung

♬ original sound – Saiful Bahri | Ejen Hartanah

Sebagai bukti lagi, pemilik video turut memuat naik hasil selepas ketupat itu telah selesai dimasak.

Agak-agaknya, anda boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh anak muda ini?