Personaliti media sosial terkenal dunia, Khaby Lame dilaporkan sedang berdepan krisis rumah tangga selepas isterinya, Wendy Thembelihle Juel memfailkan tuntutan perceraian.
Menurut laporan, tuntutan tersebut termasuk permintaan untuk mendapatkan separuh daripada harta yang dimiliki Khaby Lame, selaras dengan amalan biasa dalam kes perceraian melibatkan pasangan berprofil tinggi.
Khabane Lame pernah dilabel sebagai pempengaruh paling berpengaruh di media sosial terutama sekali di TikTok, meraih pendapatan yang luar biasa daripada kemahsyurannya.
Khabane Lame tiada harta – menurut mahkamah
Namun, perkembangan mengejutkan muncul apabila mahkamah mendapati bahawa Khaby tidak mempunyai sebarang aset yang didaftarkan atas namanya sendiri.
Difahamkan, semua aset tersebut diletakkan di bawah nama bapanya. Dai ia menjadi satu langkah yang kini menjadi perhatian ramai.
Strategi ‘Hakimized’
Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai netizen mula membincangkan tentang strategi pemilikan aset dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.
Ada yang melihat langkah tersebut sebagai satu bentuk perlindungan kewangan, terutamanya dalam menghadapi risiko undang-undang atau perceraian. Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan implikasi moral dan ketelusan tindakan itu.
Dalam masa sama, ramai turut mengaitkan situasi ini dengan kes melibatkan bintang bola sepak Achraf Hakimi yang sebelum ini tular di seluruh dunia. Netizen menggelarkan strategi ini sebagai ‘Hakimized’.
🚨 Reports claim Khaby Lame’s wife has filed for divorce and is seeking half of his assets.
However, court documents allegedly suggest that he holds little to no significant assets in his own name, with the majority reportedly registered under his father’s name.
The situation… pic.twitter.com/f5uYc7yRmc
— MatchDay Central (@MatchDCentral) April 8, 2026
Hakimi pernah menjadi perhatian apabila laporan mendakwa bahawa sebahagian besar kekayaannya tidak didaftarkan atas namanya, sebaliknya di bawah nama ibunya.
Hakimi dikatakan hanya memiliki jumlah simpanan beberapa ribu euro sahaja di dalam akaunnya untuk kegunaan harian.
Perkara itu timbul ketika proses perpisahan dengan isterinya, Hiba Abouk.
Kes tersebut mencetuskan perdebatan besar di media sosial, dengan ramai menganggapnya sebagai “masterclass” dalam perlindungan aset, manakala sebahagian lain mengkritik dari sudut etika dan keadilan terhadap pasangan.
Malah mahkamah sebaliknya mencadangkan Hiba Abouk yang membahagikan sebahagian asetnya kepada Achraf Hakimi sebagai aset sepencarian bersama.
Hakimi did it first.
Khaby Lame did it too.Not all heroes wear capes.🫡 pic.twitter.com/bkdS5dRbCK
— Shola 👑 (@itsSh0la) April 8, 2026
Memandangkan jumlah aset dan simpanan wang atas nama isterinya lebih banyak. Tetapi Hakimi tidak menuntut harta daripada isterinya itu.
Netizen segera menganggap strategi Hakimized digunakan Khabane Lame ini sebagai penyelamat kepada hartanya. Perkara yang sama sebelum ini dilakukan beberapa bintang bola sepak lain termasu Victor Boniface.
Rumit Untuk Tuntut Harta Bukan Nama Pasangan
Dalam banyak sistem perundangan, pemilikan aset memainkan peranan penting dalam menentukan pembahagian harta selepas perceraian. Jika sesuatu aset tidak didaftarkan atas nama individu terbabit, ia boleh menyukarkan tuntutan daripada pasangan.
Namun, pakar undang-undang menegaskan bahawa mahkamah masih boleh menyiasat konsep “beneficial ownership” — iaitu siapa sebenarnya yang mengawal atau mendapat manfaat daripada aset tersebut — walaupun nama pemilik rasmi berbeza.