Khaby Lame — influencer TikTok paling berpengaruh di dunia — baru sahaja menandatangani perjanjian besar bernilai sekitar $900 juta atau sekitar RM3.57 billion melalui penjualan sebahagian syarikatnya kepada syarikat yang disenaraikan di AS, Rich Sparkle Holdings.

Khaby Lame menempa kegemilangan dengan meraih jutaan pengikut di media sosial dalam masa sekelip mata ketika dunia sedangn ‘lockdown’.

Khaby kemudian terus mengukuhkan nama dan jenamanya di peringkat global dengan pengaruh yang ada di media sosial.

Dan kini dia bakal menyaksikan empayar yang dia bina akan memberikannya pulangan besar.

Khaby menyerahkan hak komersial global bagi jenamanya untuk tempoh awal 36 bulan, termasuk hak untuk perkongsian jenama, penajaan, lesen & e-dagang syarikatnya.

Namun begitu Khaby Lame tidak menjual sepenuhnya syarikat itu. Dia akan menjadi pemegang saham besar / pengawal dalam Rich Sparkle — bukan sekadar “influencer” sekadar buat video lagi. Ini bermakna Khaby masih terlibat dalam bisnesnya sendiri secara ekuiti.

Khaby Lame bukti nyata revolusi dunia ‘content creator’

Langkah ini dianggap penting oleh pihak Khaby kerana ia menandakan bahawa bermulanya era pemasaran influencer tradisional dengan model bisnes berasaskan equity & e-commerce skala global — satu trend besar dalam “creator economy”.

Nilai sekitar penjualan sebahagian saham syarikat itu sebanyak $900 juta — antara yang terbesar pernah dicatat oleh seorang pencipta kandungan digital.

Rich Sparkle mendapat hak eksklusif global jenama Khaby untuk 3 tahun. Rich Sparkle juga percaya gabungan trafik, fulfillment & teknologi proprietary boleh menjadikan proses ini berpotensi menghasilkan kira kira $4 bilion setahun, sekiranya semua berjalan lancar.

Siapa sangka, daripada video “reaksi tanpa suara” yang lucu di TikTok ke atas video ‘life hacks’ yang mengarut, kini Khaby memiliki empayar komersial bernilai hampir $1 bilion.

Khaby Lame kini bukan sekadar content creator, tapi pemain besar dalam ekonomi digital global pada hari ini.