Khairul Aming memberitahu netizen bahawa dia tidak akan membuat kutipan derma awam. Ramai yang meminta dia memberikan nombor akaun.
Namun Khairul Aming tidak mahu berbuat demikian. Kerana banyak perkara yang dia pertimbangkan.
Antaranya, ianya memerlukan dia memohon permit. Dan pada masa yang sama, Khairul Aming risau akan terlepas pandang dengan wang amanah orang ramai.
Khairul Aming menjadi antara influencer yang aktif membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
Dia menyatakan jika ada pengikutknya yang mahu menyumbang kepada mangsa banjir mereka boleh menyumbang dari segi barangan keperluan dengan meletakkannya di lokasi yang diberitahunya.
Kemudian pasukannya akan mengendalikan barangan tersebut untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Selain itu menurut Khairul Aming, wang bukan masalah utama mereka ketika ini dalam menghulurkan bantuan. Kerana rakannya yang juga influencer, Pinn Yang sudah menghulurkan bantuan wang kepadanya untuk digunakan membantu mangsa banjir.
Jadi, dia meminta pengikutnya jangan risau tentang soal wang. Kerana dia akan mengendalikan perkara tersebut. Ianya masih terkawal ketika ini.
Menurut Khairul Aming, wang itu sangat besar jumlahnya. Dan dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong usahanya.
Khairul Aming antara influencer yang dipuji kerana aktif membantu mangsa banjir. Bukan beliau sahaja, ada juga beberapa influencer lain juga meraih pujian warganet kerana turun padang membantu mangsa banjir.
Mereka memberikan komen: “Kita telah membuatkan orang yang tepat famous.”