Sebut sahaja Sambal Nyet, pasti ramai berlumba-lumba mahu mendapatkannya kerana mahu menikmati kelazatan sambal hasil adunan pencipta kandungan terkemuka, Khairul Aming.

Kini Khairul Aming telah berkongsi di media sosial berkenaan jualan sambal keluarannya yang sudah mencecah 2.4 juta botol, yang mana bersamaan dengan jualan sebanyak RM33.5 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Shopee

Ini merupakan pencapaian yang hebat buat jenama online yang baru sahaja beroperasi selama 2 tahun dan 8 bulan. Malah, Khairulaming juga bermula sebagai content creator dan kemudian barulah berjinak di dalam industri bisnes.

Pada ketika ini, beliau mempunyai dua kilang pengeluaran yang beroperasi sepenuhnya dan masih meneruskan pengubah suaian  untuk memasukkan lebih banyak mesin ke dalam kilang.

Berdasarkan video terbaharu yang dikongsikan, bisnes beliau kini sedang bergerak fasa seterusnya iaitu automasi. Dengan teknologi automasi, ia dapat meningkatkan pengeluaran Sambal Nyet ke 7,000 botol sehari untuk memenuhi permintaan yang banyak.

Dalam masa yang sama, beliau mahu menyelesaikan beberapa masalah yang sedia ada dalam memastikan kualiti sambal sentiasa berada di tahap yang baik.

Beliau menjelaskan bahawa kualiti produk sebelum ini agak tidak konsisten kerana nisbah sambal dan minyak kadang-kala berbeza dari satu botol ke botol. Dengan menggunakan automasi, setiap botol akan mempunyai bahan-bahan yang diagihkan dengan sekata.

Dalam pada itu, sistem automasi ini juga bakal menyelesaikan masalah sambal kebocoran yang berlaku pada beberapa botol. Khairulaming menyatakan bahawa peratusan ralat adalah agak rendah tetapi jenama ini menyasarkan untuk menggurangkan jumlah dengan lebih banyak dengan teknologi auto-capping.

Malah, tarikh luput kini menggunakan laser yang mana dilihat lebih tahan lasak berbanding menggunakan pelekat yang sering tertanggal apabila terkena air dan seumpamanya.

Selain meningkatkan pengeluaran, syarikat turut boleh memudahkan kerja staf lalu boleh memberikan fokus kepada produk yang ke-2.

Khairul Aming turut menyuarakan tentang kepayahan yang dilanda oleh peniaga tempatan yang mana kos bahan mentah telah meningkat berbanding tiga tahun lalu.

Jadi sebagai pemilik, beliau menggunakan automasi sebagai solusi dalam mengawal kos operasi. Selain dilihat kos efektif, sistem automasi boleh menggurangkan kesilapan manusia yang mungkin terjadi sewaktu produksi sebelum ini.

Dengan berbuat sedemikian, Khairul menjelaskan peningkatan kos tidak akan menjejaskan pelanggan. Buat masa ini, beliau berkongsi perniagaan itu meraih jualan bernilai RM70,000 pada setiap hari dan kini mahu menaikkan kepada jumlah RM100,000 sehari.

Tidak memadai dengan menaikkan jumlah stok semata-semata, beliau juga sedia mengembangkan cara jualan untuk jenama itu menerusi perdagangan secara langsung atau live commerce.

Dengan melebarkan sayap di TikTok Shop, beliau berjaya meraih jualan mencecah sebanyak RM5 juta dan menariknya sekitar 76% daripada jualan tersebut datang daripada perdagangan langsung. Kesimpulannya dapat dilihat pasaran bergerak ke arah siaran langsung atau livestreaming.

Sumber Gambar: TikTok @khairulaming

Jadi, beliau selaku pencipta konten dan usahawan, kini mengakui jualan secara langsung di live streaming merupakan skil baharu yang perlu dipelajari.

Di akhir video, para pelanggan dijangka bakal melihat lebih banyak produk yang akan dijual di bawah jenama Khairulaming. Ini termasuklah produk ke-2 yang mana masih belum diumumkan secara rasmi lagi.

Tidak lupa juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong bisnesnya daripada hari pertama bisnes sehingga ke hari ini disamping berharap dapat menyumbang  lagi kepada ekonomi setempat di Kota Baharu, Kelantan.

Sumber