Sebelum ini, video Khairulaming ‘review’ makan croissant bersama air coklat panas di Paris telah menjadi perbalahan netizen apabila ada yang mempertikaikan status halal restoran tersebut.
Lantaran video tersebut, ramai orang teringin untuk mencuba makan croissant bersama air coklat dan whipped cream. Terbaharu, Khairulaming telah berkongsi minuman yang dia ‘custom’ di Starbucks seperti yang dia nikmati di Paris.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- โIbu Lebih Percayakan Scammerโ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Duit KWSP RM700,000 โLicinโ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
@khairulaming Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try ๐ #makanlokal #hello2023
Menerusi perkongsian terbabit, Khairulaming telah menunjukkan minuman coklat panas ‘custom’, whipped cream dan juga croissant. Menurutnya, minuman tersebut tidaklah pekat seperti yang dia nikmati di Paris tetapi masih lagi sedap untuk dicuba.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen ‘teracun’ untuk mencuba minuman itu. Malah, segelintir netizen juga mahu pihak Starbucks bersedia untuk mereka serbu membuat pesanan tersebut.
Good luck to all starbucks barista Malaysia ๐ฅถ https://t.co/JJwlEdBG2O
— ๐ญ๐๐น ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น ๐๐ฉ๐ฅ๐ฅค (@zulismailfvr) December 12, 2022
Ni akan jadi viral punya semua orang nak hot chocolate wirh croissant lepasni ๐๐ sejak dia pegi paris lagi haritu aku rasa confirm viral haha https://t.co/xVTdynb3F1
— ๐ง๐ข๐ต๐ช๐บ๐ข ๐ฉโก๐ช (@signorinasufia) December 12, 2022
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan pasti barista Starbucks tidak menang tangan selepas video ini tular di media sosial. Anda bolehlah ke cawangan Starbucks terdekat anda jika mahu cuba minuman dan croissant ini.