Serangan hebat daripada regim Israel telah mengakibatkan kehancuran bangunan dan sumber asas di negara Palestin. Jadi, ramai individu berpengaruh mahu menyalurkan bantuan dengan harapan boleh meringankan kesengsaraan mereka.

Salah seorang influencer tempatan iaitu Khairulaming kini berkongsi bahawa sedia menyalurkan sejumlah wang besar kepada badan bantuan Palestin. Beliau memaklumkan dana sebanyak RM100,000 daripada hasil jualan Sambal Nyet akan disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau berharap sumbangan yang dibuat dapat membantu saudara kita bahkan sumbangan tersebut datang daripada sokongan anda yang selama ini membeli produknya.

Dalam pada itu, beliau juga mahu membantu pihak CGM dengan mengajak orang ramai untuk memenuhi crowdfunding berjumlah RM10 juta yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, peralatan penjejakan dan lain-lain lagi.

Tidak lama lagi musim sejuk bakal tiba di bumi Gaza, jadi beliau sudah menyediakan pautan di semua profil media sosialnya untuk merancakkan lagi baki kutipan crowdfunding oleh CGM sebanyak RM3.7 juta untuk bantuan rakyat Palestin.

Untuk mereka yang tidak mampu, anda bolehlah berkongsi posting berkaitan sebanyak mungkin dan menitipkan doa buat saudara di sana. Sementara itu, CGM menerusi akaun rasmi X turut berterima kasih kepada Khairul Amin atas sumbangan tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga sempat memuji sikap prihatin KhairulAming yang menyalurkan bantuan kepada Palestin dengan wang hasil jualan Sambal Nyet.

Malah, ada yang memerli tindakan segelintir pihak yang mengeluarkan produk bertemakan Palestin kerana dilihat mahu menunggang isu semasa dalam meraih keuntungan.