Syarikat Tentsile merupakan pembuat khemah yang telah merevolusikan industri khemah dengan rekabentuk yang unik dan lebih menarik. Khemah ciptaan mereka tidak “jejak tanah” dan memberikan suatu pengalaman yang baru buat mereka yang suka aktiviti luar.
Baru-baru ini, mereka telah menambah tiga lagi model baru yang lebih cool daripada design asal. Berita baik untuk mereka yang berminat, Tentsile membuat penghantaran ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Model 01 : Trilium. Hammock kecil, versatail dan boleh diletakkan bertindan ini boleh memuatkan seramai 3 orang

Model 02 : Vista. Khemah 2-lapis ini juga boleh memuatkan seramai 3 orang

Sekali pandang, nampak macam UFO pun ada

Model 03 : Trilogy. Model khemah terbesar mereka

Model ini boleh menampung seramai 6 orang, dengan tempat tidur berasingan dan bersambungan antara satu sama lain

Maka, jika anda mahu berkhemah dengan penuh gaya, Tentsile adalah jawapannya
Lebih banyak khemah Tentsile, ianya lebih cool. Dah macam Ewok dalam filem Star Wars pula

Macam ini punya gaya, nak tidur pun selesa

Tentsile bukan sahaja menjadikan anda lebih selamat daripada serangga dan haiwan liar.

Tapi anda juga boleh menikmati pemandangan dari sudut yang lain

Sumber : Tentsile