Melaka dilaporkan memulakan langkah penerokaan industri automotif baharu menerusi pembukaan kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan kenderaan elektrik (EV) pertama di negara ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membuat kenyataan bahawa kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) serta kenderaan elektrik (EV) pertama negara bakal dibina di Taman Perindustrian HICOM Pegoh, Alor Gajah, Melaka yang melibatkan pelaburan melebih RM100 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Kilang ini akan dibangunkan oleh EP Manufacturing Bhd (EPMB) dan dijangka dapat mengeluarkan keluaran EEV dan EV sehingga 30,000 unit setiap tahun dalam fasa pertama pada akhir tahun 2024.

Seiring dengannya, lebih kurang 1,000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan untuk rakyat Melaka dalam sektor automotif khususnya di Pegoh. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida di negeri belakang.

Selain itu, Datuk Seri Ab Rauf mencadangkan EPMP untuk berkerjasama dengan 23 institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir bagi keperluan tenaga kerja kilang itu.

CEO EPMP, Ahmad Razlan berkata pembinaan kilang itu mempunyai empat fasa dengan keluasan lebih kurang 17 hektar dan fasa pertama yang dijangka akan bermula pada tahun depan.

Sementara perkembangan EV lain di Malaysia, Tesla telah pun membuka ibu pejabat dan pusat perkhidmatannya yang tercanggih di Cyberjaya secara rasmi. Dengan ini, lebih banyak individu boleh menikmati kereta Tesla dengan lebih yakin kerana boleh mendapatkan bantuan dengan mudah menerusi pusat perkhidmatannya di sini.