China kini mengarahkan penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou iaitu kilang pengeluaran iPhone terbesar di dunia.

Kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik ini kerana dalam usaha menangani penularan COVID-19 selaras dengan misinya untuk membasmi wabak itu sehingga sifar. Sekatan dibuat sehingga 9 November itu susulan kes COVID-19 di Zhengzhou telah melonjak kepada 359 orang yang mana meningkat daripada 95 kes pada hari sebelumnya.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kilang Pengeluaran iPhone Terbesar Dunia Diarah Tutup Ekoran Penularan COVID-19
Sumber Gambar: HT Tech

Kerajaan China menegaskan tiada kenderaan dibenarkan beroperasi kecuali mereka yang membawa keperluan dan semua orang tidak boleh meninggalkan kediaman masing-masing kecuali melakukan ujian, sukarelawan pencegahan COVID-19 dan pekerja penting.

Malah, dilaporkan sebahagian pekerja terpaksa berjalan kaki sejauh 40 km hanya kerana mahu mengelak sekatan pengangkutan COVID-19. Dalam pada itu, Foxconn memaksa sebahagian daripada 200,000 kakitangannya dikuarantin dan mendorong yang lain meninggalkan kemudahan itu.

Kilang Pengeluaran iPhone Terbesar Dunia Diarah Tutup Ekoran Penularan COVID-19
Sumber Gambar: SCMP

Penutupan itu akan merumitkan usaha untuk merekrut dan membawa masuk kakitangan baharu untuk memastikan operasi berjalan. Hal ini juga mendorong kepada kelangsungan stok siri iPhone 14 yang akan terjejas di peringkat global dan mengambil tempoh lebih lama dalam memenuhi permintaan semasa.