Pemimpin agung (Supreme Leager) Korea Utara, Kim Jong-un tiba-tiba memetik nama Korea Selatan dan mengancam mahu memusnahkan negara itu sepenuhnya dalam ucapannya baru baru ini.
Kim Jong-un menggesa pembangunan sistem senjata baharu bagi memperkukuh kekuatan tenteranya yang bersenjata nuklear, termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang boleh dilancarkan dari bawah laut serta peluasan arsenal senjata nuklear taktikal.
Dalam ucapan penutup Kongres Parti Pekerja di Pyongyang yang berlangsung selama tujuh hari, Kim mendakwa negaranya mampu “memusnahkan sepenuhnya” Korea Selatan sekiranya keselamatannya terancam.
Kim Jong-Un anggap Korea Selatan musuh nyata
Kim sekali lagi menegaskan tiada ruang untuk dialog dengan Seoul dan menyifatkan Korea Selatan sebagai musuh abadi dan musuh paling nyata mereka.
Menurut Kim Jong-Un menganggap dasar pendamaian yang dicanang oleh Korea Selatan sebagai satu penipuan semata mata.

Bagaimanapun, Kim memberi bayangan lebih terbuka terhadap Amerika Syarikat dengan menyatakan hubungan kedua-dua negara bergantung sepenuhnya kepada sikap Washington.
Katanya, Korea Utara bersedia sama ada untuk “hidup bersama secara aman” atau berdepan konfrontasi berpanjangan, namun menuntut AS menggugurkan dasar yang dianggapnya bermusuhan serta menghentikan tekanan dan sekatan.
Selain itu, Kim turut menetapkan sasaran lima tahun untuk mempercepatkan pengeluaran kepala peledak nuklear dan memperluas sistem penghantaran senjata.
@ameliafang8
Antara fokus lain termasuk pembangunan dron serangan berasaskan kecerdasan buatan (AI), peningkatan keupayaan peperangan elektronik, satelit peninjauan yang lebih maju serta pengukuhan sempadan negara.
Perarakan tentera yang menutup kongres itu bagaimanapun tidak mempamerkan ICBM jarak jauh yang mampu mencapai tanah besar Amerika Syarikat, mencetuskan spekulasi bahawa Pyongyang cuba mengelak provokasi terbuka terhadap Washington di tengah kemungkinan rundingan pada masa depan.