Pemimpin Kim Jong-un dilaporkan secaara mengejut telah memeriksa sebuah kapal pemusnah baharu dan menyelia pelancaran ujian apa yang digelar media negara sebagai “peluru berpandu kruis strategik” minggu ini.

Penganalisis berkata langkah ini menunjukkan usaha membina kekuatan tentera laut sebagai sebahagian penting daripada strategi pencegah nuklear North Korea.

Ini bukan kali pertama Kim Jong-Un membuat ujian misil secara mengejut. Sebelum ini sudah beberapa kali negara jiran Korea Utara mendakwa Kim Jong-Un telah melakukan ujian misil pada skala kecil yang mengejutkan ramai.

Terbaru, Kim Jong-Un melakukan lawatan pemeriksaan selama dua hari ke atas kapal pemusnah seberat 5,000 tan Choe Hyon-class destroyer berlaku ketika Pyongyang memerhatikan dengan teliti serangan tentera United States ke atas Iran.

Prosedur pemeriksaan dan ujian ini dibuat menjelang latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat dan South Korea yang dijadual bermula pada 9 Mac.

Kim Jong- Un Tiba-Tiba Beri Amaran Mahu Musnahkan Korea Selatan Sepenuhnya

Kim memuji kapal perang tersebut sebagai “simbol baharu keupayaan pertahanan laut” selepas ia menyelesaikan pelayaran ujian pertama di laut pada hari Selasa.

Dia turut berikrar untuk membina “tentera laut paling kuat” ketika Korea Utara memperluas platform yang mampu membawa senjata nuklear, termasuk kapal permukaan dan kapal selam.

Menurut agensi berita rasmi Korean Central News Agency (KCNA), Kim berkata:

“Kekuatan tentera laut kita untuk menyerang dari bawah dan atas permukaan air akan berkembang dengan cepat. Proses melengkapkan tentera laut dengan senjata nuklear sedang berjalan dengan memuaskan.”

Kim juga memberi amaran: “Jika ada pihak yang meragui pengukuhan kuasa pertahanan kita, itu bermakna mereka akan segera menjadi musuh kita.”

Isyarat kepada Washington

Penganalisis percaya demonstrasi kekuatan tentera laut ini bertujuan menghantar mesej kepada Washington bahawa sebarang serangan dari laut pada masa depan akan membawa risiko lebih besar, walaupun Pyongyang menegaskan pembangunan ketenteraannya bersifat defensif.

Hong Min, penyelidik kanan di Korea Institute for National Unification, berkata situasi di Iran serta latihan tentera AS–Korea Selatan yang bakal berlangsung memberi tekanan kepada Kim.

Menurutnya, kenyataan Kim juga bertujuan memberi amaran kepada Washington tentang kekuatan pertahanan mereka, selepas AS menyerang Iran.

Korea Utara juga terus cuba memodenkan kekuatan dan kemajuan tentera lautnya.

Dalam ujian peluru berpandu tersebut, Kim berkata bahawa dalam pelan lima tahun akan datang, Korea Utara perlu membina sekurang-kurangnya dua kapal tempur permukaan kelas Choe Hyon atau yang lebih besar setiap tahun.

Walaupun tentera laut Korea Utara masih dianggap jauh lebih lemah berbanding armada laut moden Korea Selatan, penganalisis berkata Pyongyang kini cuba mengembangkan peranannya daripada sekadar pertahanan pantai kepada operasi laut terbuka (blue-water navy).

Pada masa sama, Korea Utara juga terus memperkukuh program senjata nuklearnya, yang menurut strategi pertahanan United States Department of Defense dianggap sebagai ancaman nyata terhadap Amerika Syarikat.