Ketua jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon enggan untuk menerima keputusan kelab yang mahu memecatnya.
Ulsan mahu menggantikan Pan-gon dengan Shin Tae-yong selepas kelab itu menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam saingan liga.
Baca Juga:
- Kim Pan-gon Tersenarai Bagi Anugerah Jurulatih Terbaik K-League

- Shin Tae-yong Bakal Ikut Jejak Langkah Kim Pan-gon?

- Kim Pan Gon Ramal Arif Aiman Bakal Jadi Pemain Terbaik Asia

Kim Pan-gon Enggan Terima Keputusan Ulsan
Menurut perkongsian Korea Football News, Kim Pan-gon enggan menerima keputusan kelab untuk memecatnya, menegaskan tiada sebab untuk dia dipecat.
Ulsan HD manager Kim Pan-gon is refusing to accept the club's decision to dismiss him, insisting there is no reason for him to be sacked. (OSEN) #kleague pic.twitter.com/AzG8yWnJML
— Korea Football News (@KORFootballNews) August 1, 2025
Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu berjaya memenangi dua kejuaraan musim lalu, liga dan juga Piala Korea sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Ulsan.
Suasana tidak buruk sehingga awal musim, apabila mereka mencatat 3 kemenangan dan 1 kekalahan dalam empat perlawanan pertama.

Kemenangan terakhir Ulsan ialah dua bulan lalu pada 24 Mei, dengan kemenangan 3-2 menentang Gimcheon Sangmu.
Tambah parah, Ulsan gagal mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan (3 seri dan 7 kekalahan) dalam pertandingan rasmi.

Mereka mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada Piala Dunia Kelab FIFA yang diadakan di Amerika Syarikat.
Kelab itu juga gagal mara ke separuh akhir Piala Korea. Dalam K League 1, mereka tidak menang dalam enam perlawanan terakhir (3 seri dan 3 kalah).