Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon meletakkan sasaran untuk pasukan negara meletakkan sasaran 12 mata untuk dicapai pasukan negara bagi menghadapi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Pan-gon mahu pasukan negara untuk menjadi 18 pasukan terbaik di rantau Asia dan mara ke pusingan ketiga kelayakan bagi merebut tempat untuk layak ke Piala Dunia 2026.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami mahu menjadi pasukan dalam Top 18. Sudah pasti ini adalah cabaran besar. Malaysia ketika ini berada di tangga ke-137 dalam ranking FIFA. Mungkin pasukan lain akan mentertawakan kita. Tetapi ini adalah impian untuk pasukan negara sekaligus berdepan dengan pasukan terbaik di Asia.

“Kalau kita dapat 12 mata pada pusingan kedua ini sudah cukup bagus. Sekiranya kami mendapat 13 mata, maka itu sudah lebih dari cukup. Setiap perlawanan yang dihadapi, kami menyasarkan untuk mendapat tiga mata,” kata Pan-gon.

Pada masa yang sama, Kim Pan-gon menegaskan saingan kelayakan kali ini adalah lebih penting berbanding temasya Piala Asia 2023 yang akan dihadapi pasukan negara pada Januari nanti.

“Saya yakin pemain mempunyai motivasi yang tinggi, lebih tinggi berbanding menghadapi temasya Piala Asia 2023. Bagi saya, Piala Asia 2023 adalah perkara kedua, kelayakan Piala Dunia yang paling utama,” tambahnya.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut meminta agar penyokong datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu terhadap pemain negara yang akan turun dalam perlawanan pertama kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 16 Oktober ini.

Sebanyak 36 negara telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan dengan empat kumpulan pada pusingan kedua. Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga, di mana mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan enam pasukan dalam setiap kumpulan.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan menempah tiket ke Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Pasukan tempat ketiga dan keempat daripada ketiga-tiga kumpulan itu masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri pada pusingan keempat. Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi pertama yang menampilkan 48 negara, meningkat daripada 32 negara sebelum ini.