Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mahu motivasi pemain lebih tinggi untuk menghadapi saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia berbanding temasya Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari tahun hadapan.
Menurut Pan-gon, beliau meletakkan sasaran untuk pasukan negara melepasi saingan pusingan kedua dan mara ke pusingan ketiga sekaligus menjadi 18 pasukan terbaik di rantau Asia.
Baca Juga:
- Kim Pan-gon ‘Fed Up’, Terima Banyak Mesej Persoalkan Pemilihan Pemain
- Hamidin: Keadaan Padang SNBJ Lebih Baik, Sedia Untuk Digunakan
- Skuad B-23 Tahun Negara Bakal Terima Kehadiran Pemain Baharu
“Sebagai pemain dan kami jurulatih perlu mempunyai motivasi yang tinggi kerana kami beraksi di kelayakan Piala Dunia. Setiap tahun kami akan menghadapi kejohanan. Akan ada enam perlawanan yang kami hadapi dalam saingan kali ini.
Sesi sidang media menjelang aksi pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia menentang Republik Kyrgyz telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.
▶️ Lagi gambar di https://t.co/OctEvRUypR#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/gbUVt3Dqaz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 15, 2023
“Adakah kita akan bermain setakat enam perlawanan, atau kita melangkah dengan lebih jauh? Ini menjadi cabaran besar kerana langkah Malaysia sentiasa terhenti di pusingan kedua. Kami mahu melangkah ke pusingan ketiga.
“Saya yakin pemain mempunyai motivasi yang tinggi, lebih tinggi berbanding menghadapi temasya Piala Asia 2023. Bagi saya, Piala Asia 2023 adalah perkara kedua, kelayakan Piala Dunia yang paling utama,” kata Kim Pan-gon dalam sidang media sebelum perlawanan.
Pemain pertahanan, Matthew Davies menegaskan beliau dan rakan sepasukan sudah memperbaiki kesilapan yang berlaku ketika perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Tajikistan sebelum ini dan bersedia untuk turun menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Motivasi kami tinggi. Sudah pasti ada kesilapan berlaku ketika berdepan Tajikistan dan kami sudah memperbaiki semua kelemahan yang ada.
“Kami jamin kesilapan yang berlaku sebelum ini tidak berlaku namun dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Kita lihat ketika perlawanan nanti,” kata Davies.