Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengucapkan terima kasih kepada penyokong Malaysia kerana telah memberikan sokongan padu semasa beliau mengendalikan pasukan negara.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Pan-gon nyata teruja dengan sokongan padu yang diberikan oleh penyokong terutamanya ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil ataupun di luar negara.
Baca Juga:
- Jurulatih Dari Liga China Cuba ‘Potong’ Kim Pan-gon Dari Sertai Ulsan HD
- Kim Pan-gon Tidak Risau Mengenai Masa Depan Malaysia
- Kim Pan-gon Perlu Bayar Pampasan Kepada FAM
“Malaysia berpotensi besar, banyak pemain bintang yang akan menyerlah seperti Akhyar Rashid, Arif Aiman dan Safuwan Mazlan. Kumpulan pemain muda ini sangat berpotensi.
“Saya bukan saja rasa disokong malah dicintai di sini, saya hargai penyokong. Saya takkan lupakan apa yang telah kita kecapi di Bukit Jalil. Ultras Malaya, pihak media, kerajaan. Semua perlu konsisten dan saya akan doakan skuad negara.
“Saya menikmati masa saya di sini, terima kasih pada semua kelab, Ultras Malaya dan semua penyokong.” katanya.
Kim Pan-gon dikaitkan dengan kelab Korea, Ulsan HD selepas Hong Myung-bo dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu bagi menggantikan Jurgen Klinsmann.
Akan tetapi, hasrat itu mungkin terhalang dimana kelab itu dilaporkan sedang berbincang dengan jurulatih lain bagi mengisi jawatan sebagai pengendali pasukan.
Menurut laporan media sukan Korea, Ulsan sedang berbincang dengan beberapa calon dan salah satu calon yang berbincang dengan kelab itu ialah jurulatih dari Korea yang aktif dalam saingan Liga China.
“Pelantikan jurulatih baharu akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Selain jurulatih Kim (Pan-gon), Ulsan diketahui berhubung dengan pelbagai calon, termasuk jurulatih Korea yang aktif dalam Liga Super China,” dipetik dari news.nate.
Penghijrahan Pan-gon ke Ulsan bukan perkara asing buatnya susulan skuad Tigers merupakan kelab yang pernah diwakilinya sewaktu bergelar pemain profesional pada 1992 hingga 1996.