Selepas insiden dua lelaki berkulit hitam yang ditahan kerana tidak membeli apa-apa di Starbucks cawangan Philadelphia, Starbucks mengeluarkan polisi baharu iaitu anda dibenarkan untuk berada di dalam premis Starbucks walaupun tidak membeli apa-apa produk dari premis itu.

Menurut wakil syarikat itu, orang awam kini dibenarkan duduk atau menggunakan tandas di Starbucks tetapi pekerja tetap mempunyai hak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kekecohan.

C5onffAVAAEh3J6
Sumber: Starbucks Malaysia

Tambahnya lagi, pihak Starbucks komited untuk memastikan layanan yang baik dan turut memastikan pelanggan berasa diterima.

Pihak Starbucks terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa menutup hampir 8,000 premis di Amerika Syarikat dan berhadapan dengan kecaman rasis akibat insiden yang berlaku tersebut.

Sumber