Majoriti dari kita jika mahu melancong ke luar negara, mestilah pilih gunakan laluan udara kerana lebih mudah dan selamat.

Tetapi bagi sebahagian individu terutamanya yang solo backpacker lebih gemar mencari cabaran dan mencuba sesuatu baharu di dalam pengembaraan ke sesebuah negara yang jauh.

Inilah kisah menarik yang dikongsikan okeh seorang lelaki tempatan yang memilih untuk mengembara  ke negara Afghanistan dengan menggunakan laluan darat.

Afghanistan
Sumber Gambar: TikTok Jiji Azizan

Perjalanan sejauh 11,650km itu memerlukan Encik Jiji Azizan melalui pelbagai negara di Asia Tenggara dan Asia Tengah sebelum tiba di Afghanistan.

Dari akaun TikToknya, Jiji berkongsi perjalanan solonya bermula dengan menaiki kereta api dari Butterworth ke Padang Besar, kemudian ke Hatyai, yang mengambil masa 1 jam 40 minit.

Kisah Benar Lelaki Tempatan Berani Redah 11,650KM Guna Jalan Darat Untuk Pergi Afghanistan
Sumber Gambar: TikTok Jiji Azizan

Setibanya di Hatyai, dia meneruskan perjalanan 18 jam menaiki kereta api ke Bangkok.

Selepas itu, Jiji meneruskan kembara ke Vientiane, Laos, yang memakan masa 11 jam dari Bangkok. Dari Vientiane, dia menaiki kereta api selama sembilan jam ke Kunming, China.

Kisah Benar Lelaki Tempatan Berani Redah 11,650KM Guna Jalan Darat Untuk Pergi Afghanistan
Sumber Gambar: Jiji Azman

Sebaik tiba di Kunming, perjalanannya bersambung ke Urumqi selama 39 jam. Dari Urumqi, dia berkesempatan menaiki kereta api laju ke Yining, tiba dalam tempoh lima jam.

Dari Yining, Jiji meneruskan perjalanan menaiki bas selama 12 jam ke Almaty, Kazakhstan. Selepas itu, dia mengambil satu lagi perjalanan bas selama empat jam untuk sampai ke Bishkek, Kyrgyzstan.

Dari Bishkek, perjalanan Jiji diteruskan dengan bas selama 10 jam ke Tashkent, dan dia mengharungi tempoh yang sama untuk tiba di Bukhara, Uzbekistan. Kemudian, dia menaiki kereta api laju dari Bukhara ke Samarkand yang hanya mengambil masa dua jam.

Kisah Benar Lelaki Tempatan Berani Redah 11,650KM Guna Jalan Darat Untuk Pergi Afghanistan
Sumber Gambar: TikTok Jiji Azizan

Setibanya di Samarkand, Jiji mengambil van mini dan teksi selama satu jam untuk sampai ke Panjakent, Tajikistan.

Dari Panjakent, Jiji mengambil teksi selama empat jam untuk ke Dushanbe. Seterusnya, dia menaiki bas selama lima jam ke Shahturz, dan kemudian meneruskan perjalanan ke Termez dengan teksi, tiba dalam masa satu jam.

Selepas merentasi pelbagai negara Asia Tenggara dan Asia Tengah, Jiji akhirnya menjejakkan kaki ke Afghanistan. Dari Termez, dia mengambil teksi selama dua jam 30 minit untuk tiba di Hairatan dan Mazar I Sharif.

Afghanistan
Sumber Gambar: Jiji Azman

Dari Mazar I Sharif, Jiji meneruskan perjalanan ke Kabul selama 12 jam menaiki bas. Menariknya, keseluruhan pengembaraan selama sebulan 28 hari itu berjaya disempurnakan dengan hanya bermodalkan RM10,000.

Perkongsian pengembaraan Jiji ini telah menarik minat ramai, malah ada netizen yang menjadikannya inspirasi serta menanam cita-cita untuk mereliasasikannya pada masa kelak.

Dengan bajet sebesar itu, boleh dikatakan ia memberikan pengalaman yang luar biasa dan hanya yang kental sahaja boleh melalukannya.

Nak lagi banyak tip halal ‘travel’ bajet? Komen saja destinasi impian anda!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.