Jualan burqa dan pakaian labuh yang menutupi tubuh wanita naik mendadak di Afghanistan ketika ini. Burqa adalah salah satu barang keperluan yang paling dicari semasa pemerintahan Taliban dahulu. Pada waktu itu, jika mereka gagal mengenakan pakaian tersebut, para wanita akan dihukum.

Walaupun Taliban berjanji akan memberi hak kepada para wanita mengikut undang-undang Islam. Namun pengalaman pahit semasa zaman pemerintahan Taliban dari tahun 1996 hingga 2001 membuatkan para wanita Afghanistan merasa takut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Kini burqa kembali dicari oleh para wanita sehingga harganya naik sehingga 10 kali ganda. Salah satu sumber memberitahu CNN bahawa para wanita telah menyerbu kedai-kedai yang menjual burqa pada hari Ahad lalu untuk membeli burqa sebelum kedai-kedai itu dipaksa tutup.

Seorang penjual burqa di Kabul, Aref, dalam satu temuramahnya bersama The Guardian menyatakan bahawa kedainya kini sering dikunjungi oleh para wanita yang mahu membeli burqa. Dia turut memberitahu bahawa burqa kini bukan sahaja dikehendaki oleh mereka yang berada di wilayah terpencil, tetapi wanita yang berada di bandar juga berpusu-pusu mahu mendapatkan burqa.

Manakala salah seorang wanita yang tidak mahu disebut namanya atas alasan keselamatan memberitahu CNN bahawa dia dan ahli keluarganya tidak sempat membeli burqa. Namun mereka merancang untuk membuat burqa dari cadar atau penutup tilam.

Situasi semasa di sana membuatkan para aktivis wanita merasa risau. Aisha Khurram, seorang pelajar dan mantan Perwakilan Pemuda Afghanistan ke PBB pada tahun 2019 mendedahkan bahawa dia tidak tahu bagaimana nasib para wanita di Afghanistan setelah Taliban kembali berkuasa.

“Saya melihat bahawa terdapat ramai wanita yang sebelum ini tidak merasai pemerintahan Taliban. Mereka mengatakan mereka tidak mahu memakai burqa. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada wanita muda di Afghanistan. Mereka cemerlang. Sekarang mereka tinggal di rumah dan meneka-neka apa yang akan terjadi selanjutnya, “katanya seperti dilaporkan oleh Bloomberg.

Untuk rekod, selama pemerintahan Taliban di Afghanistan. Wanita telah dilarang bekerja dan anak perempuan pula tidak dibenarkan ke sekolah. Para wanita juga diwajibkan memakai burqa untuk menutup wajah dan mereka juga tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa teman dari kalangan lelaki.

640 orang, satu pesawat: kenapa rakyat Afghanistan takut bila Taliban berkuasa? Klik pautan di bawah untuk membaca.

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana

Taliban Raikan Kemenangan Dengan Bermain ‘Bumper Car’ Dan Bersenam Di Gimnasium