Pada minggu ini kita dapat lihat peralihan kuasa di Afghanistan telah menyebabkan puluhan ribu warga negara tersebut memenuhi Lapangan Terbang Kabul dalam usaha untuk meninggalkan negara itu.
Namun, sebahagian askar Taliban yang telah berjaya menawan beberapa kawasan bandar di Afghanistan telah mengambil kesempatan untuk meraikan kejayaan mereka dengan membuat pelbagai aktiviti di kawasan bandar. Sebahagian daripada mereka telah memilih untuk bermain ‘bumper car’ di sebuah taman tema permainan.
🇦🇫 · #Taliban playing bumper cars, I think it is the most surreal image we can see of the conflict in #Afghanistan and the fall of #Kabul pic.twitter.com/eNcK76BIi4
— Iván Esteve (@EsteveGirbes01) August 16, 2021
Di dalam video tersebut kelihatan sekumpulan askar Taliban duduk di dalam beberapa buah ‘bumper car’ sambil melanggar antara satu sama lain. Telatah mereka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mendapat permainan.
Dalam video yang lain pula, ada beberapa ahli Taliban sedang mencuba peralatan senaman yang ada di dalam gimnasium di Istana Presiden. Aksi mereka dirakam oleh sebahagian askar lain yang siap mengusung senjata RPG dibelakangnya.
عناصر "#طالبان" يمارسون الرياضة في قاعة جيم بالقصر الرئاسي في #كابل pic.twitter.com/A2ZraOqHtm
— Mulhak – ملحق (@Mulhak) August 16, 2021
https://twitter.com/Chandra37185214/status/1427526843788263426?s=20
Ada sekumpulan kecil askar Taliban lain pula dirakam sedang melompat-lompat kegembiraan sesama mereka di atas sebuah trampolin bersaiz besar.
Siapa sangka Taliban cukup dikenali sebagai sepasukan askar yang cukup ekstrem semasa berada di medan peperangan mempunyai ‘perangai’ seperti kanak-kanak apabila berjumpa dengan alatan-alatan permainan seperti ini.
Pada 15 Ogos lalu Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara terbabit kerana mahu mengelak pertumpahan darah di tanah Afgahanistan setelah tentera-tentera US telah mula meninggalkan negara tersebut.
Baca lebih lanjut bagaimana pertukaran tampuk pemerintahan di Afghanistan mula terjadi melalui pautan di bawah.
Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana
640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?