Curtis Gokey adalah seorang pemandu lori milik Majlis Perbandaran Lodi, California — sebuah bandar kecil di utara California tidak jauh dari Stockton

Pada suatu hari dalam musim sejuk, ketika hujan salji, Curtis secara tidak sengaja mengundur lori ‘majlis itu dan melanggar kereta peribadinya.

Dia sedar akan kesilapannya dan mengaku bahawa itu memang kesalahan dia sendiri. Namun begitu, dia tetap memfailkan tuntutan kerosakan sebanyak USD 3,600 (RM15,231) kepada pihak majlis perbandaran, dengan harapan mereka membayarnya.

Ini kerana menurutnya, walaupun yang memandu lori dan yang mempunyai kereta itu adalah orang yang sama, namun dia menganggap kesilapan pihak pemandu lori majlis perbandaran mengakibatkan kerosakan kepada kereta atau aset peribadinya.

Dia mahu menyaman pemandu lori majlis perbandaran tersebut kerana cuai ketika betugas.

Sudahlah tuntutan itu ditolak kerana logiknya, anda tidak boleh menyaman diri sendiri.

Maka, isteri Curtis, Rhonda Gokey, tampil dengan idea “lebih bijak” (ataupun idea nakal): dia menuntut pula dengan namanya sahaja, bukan atas nama suaminya — dan menaikkan jumlah tuntutan kepada USD 4,800, dengan alasan bahwa sekarang tiada “konflik kepentingan” lagi.

Rhonda bahkan bertegas, “Saya bukan seperti suami saya. Saya berhak mendapat kereta pengganti dan insurans”

Namun sekali lagi, tuntutan itu turut ditolak. Peguam bandar Lodi, Steve Schwabauer, menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak masuk akal.

Beliau menyatakan bahawa di bawah undang-undang California (sebagai negeri harta komuniti), suami dan isteri dianggap sebagai satu entiti — anda tidak boleh menyaman pasangan sendiri atas kecuaian kerana ia adalah “kerosakan harta bersama”

Sumber