Kisah gempa bumi di Nepal menarik perhatian banyak pihak dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Apatah lagi bila mendapat tahu rakyat Malaysia juga merupakan antara mereka yang berada di sana sewaktu gempa berlaku bumi berlaku.
Saya berjaya menghubungi salah seorang dari rakyat Malaysia yang kini berada di Nepal dan beliau telah sudi kongsikan pengalamannya.
Dikenali di kalangan rakan fb sebagai Menk Wahawangsa, Muazammil Mamat yang pernah bekerja dalam produksi filem ini sebenarnya sedang mengembara backpack selama 6 bulan.
Bermula dari KL pada bulan Mac tahun ini, Menk mengorak langkah ke Bangkok, Siemreap, Pnom Penh, Saigon, Danang, Hanoi, Luang Prabang, Kunming, Chengdu, Lhasa, Tibet Everest Base Camp dan akhir sekali di Kathmandu. Sehingga kini Menk telah melintasi 6 sempadan negara sepanjang 2 bulan di jalanan.
Jom ikuti temubual saya dengan Menk;
I’m in Kathmandu, Nepal right now. Earthquake 7.8 just happened
Q: Menk travel backpack berapa orang? Dan untuk apa (jika ada dan selain dari untuk backpack)
A: Saya backpack sorang tapi dari Lhasa, Tibet ke Kathmandu saya bergabung jalan bersama pasangan dari Eropah. Ini pertama kali saya ke Nepal dan sedang melakukan dokumentari peribadi.
Q: Sudah berapa hari Menk tiba di Nepal sewaktu kejadian gempa berlaku?
A: Gempa bumi berlaku pada hari ke 3 saya di sini. Semasa kejadian saya berada dalam bilik hostel di tingkat 3, kerana pada malam pertama saya kena keracunan makanan.
After 80 years, earthquake struck again in Kathmandu at where I am right now. 7.8 mag. 700+ death and counting
Q: Apa perasaan Menk sewaktu gempa sedang berlaku?
A: Perasaan saya amat gementar kerana melihat ruang bangunan saya bergerak kanan kiri terhuyung-hayang dan selepas seminit bergetar saya rasa saya akan mati kerana getaran yang kuat dan rasanya tak henti-henti. Saya dengar jeritan yang banyak dari luar hostel saya. Dan saya terus keluar dari bangunan ke kawasan lapang tapi kawasan di bangunan rapat-rapat. Saya ikut crowd yang banyak berlindung di bawah satu bangunan yang seakan-akan kukuh.
Dan pada hari ke 2 gempa bumi saya jumpa geng basikal KE7B (juga rakyat Malaysia) dan selepas itu saya lepak dengan dia orang sampai sekarang. Terima kasih kepada mereka kerana menerima saya seakan-akan saya sekumpulan dengan mereka.
Q: Bagaimana situasi di Nepal ketika ini?
A: Keadaan di Nepal agak kesian. Melihat penduduk tempatan yang duduk di kawasan padang ketakutan kelaparan dan malam kelmarin hujan. Gempa susulan berlaku banyak kali tetapi kekerapan semakin kurang.
Semalam sahaja ade berlaku sekali pada 10 malam. Saya di airport tunggu Mercy datang. Semua berkeliaran kelam kabut lari pergi ke ruang terbuka di depan airport.
Semalam saya pergi ke tempat pembakaran mayat. Sejak gempa bumi lebih 100 mayat dibakar setiap hari. Hari biasa 15-20 mayat sahaja.
Kathmandu aftermath. One of the schools!
Q: Adakah Menk serik untuk ke Nepal lagi selepas ini?
A: Saya tidak serik. Dan saya nak stay sini bantu mereka bersama Mercy. Rakyat Malaysia lain mahu pulang. Bagi saya benda ini akan berlaku di mana-mana. Yang pasti kita kena prihatin dan tahu langkah-langkah keselamatan. Kalau saya balik saya tak boleh bantu apa-apa, hanya tengok berita dan tengok kesengsaraan dia orang.
Saya akan bantu urus logistik untuk Mercy. Abang saya doktor untuk Mercy. Dia datang sini.
Scary experience in Kathmandu. Still going on with little tremors
Q: Bagaimana selepas ni? Adakah Menk akan terus berada di Nepal, teruskan pengembaraan atau balik ke Malaysia?
A: Saya akan stay sini bantu Mercy sampai mereka tidak perlu bantuan lagi dan selepas itu teruskan perjalanan saya ke England.
Q: Ada pesanan atau tips kepada mereka yang akan ke Nepal buat masa terdekat?
A: Tips saya, tak perlu datang lagi. Ada banyak jangkaan akan berlaku kerana gempa bumi masih berlaku di seluruh dunia. Duduk dengan yang terselamat. Kalau nak datang tolong pastikan ada kepakaran atau kemahiran untuk membantu.
Q: Tadi Menk ada bagitau Menk ada buat dokumentari? Boleh ceritakan sikit tema dokumentari Menk?
A: Tema route explorer. Saya tak tau nak translate Bahasa melayu. Tapi motif saya guna kenderaan darat all the way to Leicester, England melintasi sempadan berbagai negara.
Q: Ada pesanan lain yang mungkin Menk ingin sampaikan di sini?
A: Just cakap thanks kepada mereka yang concern dan tanya tentang keselamatan saya terutamanya family dan kawan-kawan rapat. Saya tak bersedia untuk balik lagi dan mahu membantu mereka di sini.
BACA: Gambar Sebelum Dan Selepas Gempa Bumi Di Tapak Warisan Sejarah UNESCO Di Nepal
Terima kasih kepada Menk yang sudi berkongsi pengalaman berharga beliau. Bukan semua orang sanggup terus berada dalam situasi gempa seperti yang berlaku di Nepal tapi Menk telah bertindak untuk terus berada di sana dan menghulurkan bantuan. Salute buat Menk.
Jika anda rasakan rakyat Malaysia semakin kurang prihatin, percayalah masih ramai di kalangan kita yang berjiwa murni.
Anda boleh ikuti update terkini pengembaraan Menk di fb page RoutExplorers, atau di personal fb Menk dan juga di IG RoutExplorers.
Akhir sekali, saksikan rakaman runtuhan salji di pergunungan Everest sewaktu gempa bumi berlaku yang telah dirakamkan oleh pendaki dari Jerman.