Roger Guedes pernah menjadi mangsa buli ketika di Palmeiras. Di mana video kejadian itu benar benar sukar untuk diterima.
Ketika di kelab lamannya itu, dia seringkali diejek dan dibuli secara fizikal.
Kemudian pada satu kejadian yang berlaku pada 2017. Menjadi titik kemuncak kepada Roger Guedes merasakan bahawa dia sudah tidak ada hati lagi bermain untuk kelab tersebut.
Kisah Cristiano Ronaldo Bangkit Daripada Mangsa Buli Kepada Pemenang 5 Ballon D’Or
Roger Guedes dibuli
Guedes yang baru naik pangkat dari akademi diminta untuk berjalan sambil menerima tamparan daripada pemain senior.
Dia menolak untuk menerima tamparan itu. Namun pemain seniornya telah menangkapnya dan membulinya. Sesi itu menjadi sangat tegang dalam suasana Guedes dibuli.
Dia telah disepak di pukul dan kemudian diikat di tengah padang. Guedes menunjukkan reaksi cuba melawan kerana sentuhan daripada rakannya itu terlalu keras dan berbentuk serangan fizikal.
Namun dia tidak berdaya dan menjadi bahan jenaka.
Pada hari perlawanan, pengurus pasukan dikatakan sering memencilkannya dan sering tidak kisah akan keberadaannya.
Video dia dibuli telah tular di media sosial. Dan memberikan impak lebih teruk kepadanya. Dia merasa aib dan juga menjadi bahan jenaka segelintir pihak.
Dia kini menjadi mangsa buli siber kerana video tersebut. Kelab kemudian memutuskan untuk meminjamkannya ke kelab lain setelah Guedes akui tertekan dengan persekitaran di Palmeiras.
Kelab berharap dia akan kembali semula dan melupakan apa yang berlaku. Namun tidak semudah itu.
Roger Guedes balas dendam
Pada 2018, akhirnya Roger Guedes memutuskan untuk meninggalkan kelab itu secara pinjaman ke Atletico Mineiro sebelum ke Shandong Luneng.
Dia kemudiannya menyertai Corinthians, kelab seteru Palmeiras.
Dan dalam satu perlawanan antara Corinthians dan Palmeiras, Roger Guedes telah menjaringkan dua gol ke atas bekas kelab lamanya itu untuk membantu mereka menang 2-1 ke atas Palmeiras.
Ianya satu dendam yang terbalas di atas padang oleh Roger Guedes yang membantu kelab seteru untuk memalukan bekas kelabnya.
Mengenang kembali video tersebut, ramai peminat rasa puas melihat Guedes meraikan gol di hadapan pemain kelab lamanya dalam perlawanan derbi antara kedua dua pasukan itu.

Ada juga yang berharap kesemua pemain yang terlibat dalam buli dalam video tersebut digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak.
Lebih baik di tempat lain
Ketika di Corinthians dia menjadi pemain kesayangan peminat. Dia menikmati bola sepak di kelab itu. Merasakan dirinya lebih dihormati.
Video lampau itu tidak pernah menghalangnya untuk terus melangkah.
in 2017 Roger Guedes was bullied by palmeiras players (team where he played). in 2021, he took revenge, scoring 2 against palmeiras and giving the victory to the rival team (Corinthians) where he currently plays
byu/FernandoBock insoccer
Dia akhirnya dia memutuskan untuk menyertai Al Rayyan pada 2023.
Você querendo ou não, você sabe que o Roger Guedes foi muito foda no Corinthians!
Em 2023, enquanto esteve aqui, foi o melhor jogador do Brasil!
Como esquecer das noites maravilhosas que ele nos proporcionou?
ROGER GUEDES FORA DE SÉRIE!
ROGER GUEDES EXCEPCIONAL! pic.twitter.com/PtrRFSY5Z0— RODRIGO GARRO BRASIL🇦🇷🇧🇷 (@GARRO_BR_) February 17, 2025